Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, November 04, 2013
Patutlah 'bendang Mahfuz' boleh semai padi 10 kali setahun?
Selepas dikritik hebat kerana membuat publisiti murahan, Pas hari ini cuba mempertahankan tindakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menabur benih padi dalam keadaan petak sawah bergelinangan air semasa berkempen di Kampung Pulau Tembun di sini kelmarin.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Mahfuz Omar mendakwa, tindakan tersebut bukanlah sesuatu janggal sebaliknya ia adalah satu inovasi para petani yang memperkenalkan kaedah menabur benih padi dalam keadaan petak sawah dipenuhi air.
"Saya orang buat bendang saya tahulah. Kaedah tabur benih ini ada tiga iaitu tabur kering, tabur basah-basah dan tabur dengan air.
"Kaedah yang kami tabur tempoh hari adalah tabur dengan air. Menerusi cara ini, para petani akan menakungkan air dalam petak dan kemudian sembur racun siput gondang. Selepas dua hari baharulah tabur. Air ini akan ditakungkan sehingga padi menjadi.
"Ini inovasi orang kampung. Jangan perlekeh kami kata tak erti buat bendang pula. Orang duduk Kuala Lumpur mana tahu, depa (mereka) lintah pun tak pernah nampak," katanya dalam sidang akhbar di Markas Induk Pas, Batu 14 di sini hari ini.
Kah..kah..kah..lantaklah labu..!!!
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan