Agak aneh bunyinya bila orang yang menyimpan cita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri nasihatkan Datuk Seri Najib dalam isu intipan Amerika dan Australia berikutan tindakan yang diambil oleh pemerintah Indonesia juga Jerman. Yang peliknya tokoh ini juga pernah dianggap sebagai rakan baik kedua-dua negara berkenaan..! Adakah Anwar tengah kepanasan atau mengelabah takut-takut rahsianya terbongkar dek intipan tersebut?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertegas dalam isu intipan Amerika dan Australia ke atas negara, kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar lagi, sebagai seorang pemimpin tertinggi negara, Najib perlu segera menunjukkan pendirian dan ketegasan berhubung isu keselamatan dan kedaulatan negara, bukan membisu tanpa sebarang tindakan.
"Semalam kerajaan Indonesia tarik semula Duta Besar Indonesia dari Australia kerana pengintipan terhadap Presiden Indonesia," katanya.
Bulan lalu Jerman memanggil Duta Amerika Syarikat ke Berlin kerana mengesyaki Washington mengintip telefon bimbit Canselor Angela Merkel.
"Maka presiden wanita mempunyai keberanian lebih tegas daripada Perdana Menteri Malaysia. Sampai sekarang berminggu-minggu kerajaan Malaysia keluarkan kenyataan 'lembik," kata Anwar merujuk Presiden Jerman, Angela Merkel yang bertegas dalam soal ini.
Dalam pada itu, Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh turut membidas Najib kerana sehingga sekarang belum berani untuk menjawab pendedahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan terdapat ejen CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara.
"(Sebelum ini) Tun Mahathir telah memanggil perjumpaan bangkitkan soal dua CIA operators.Cuma jawapan PM, tiada bukti, tidak ada apa-apa. Kena siasat, kalau tidak benar beritahu Tun Mahathir itu tidak benar.
"Tidak boleh ketepikan isu ini. Peguam Negara memang kontroversi kedudukannya. Yang takut sangat kenapa? Ini bukan perkara kecil," katanya pada perbahasan Dewan Rakyat hari ini.
Menyentuh perkara pengintipan pula, Anwar berharap kerajaan serius dan konsisten menegaskan pendirian Malaysia dalam isu tersebut.
"Kita perlu konsisten soal pengintipan terhadap pimpinan dan kerajaan Malaysia yang belum dibuat kenyataan tegas melainkan Menteri Luar nasihat 'lain kali jangan buat macam itu'. Boleh ke orang asing sabotaj negara kita hanya jawab ringan macam itu," tegas Anwar.
Selanjutnya sila baca di sini.
Suara Politik
Belantan
Kedua-duanya sangat bahaya, apalagi jika talibarut jadi agen kepada intipan tersebut. Kerajaan Malaysia jangan terlalu lemah memperkasakan undang-undang. Laksanakanlah dan jika perlukan tangkapan dan dakwaan lakukanlah. PM Najib patut tegas seperti Tun M.
BalasPadam