Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali hari ini berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Hakim Datuk Yaacob Md. Sam memutuskan demikian setelah mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu 'pemimpin parasit' yang ditimbulkan oleh Hasan.
''Mahkamah perlu melihat pembelaan defendan (Khalid) sama ada untuk menjawab 'serangan' plaintif (Hasan) berhubung isu 'pemimpin parasit'.
''Selepas meneliti, mahkamah berpendapat, defendan telah melangkaui isu parasit tetapi juga telah menjangkaui dengan isu-isu yang tiada kaitan dengan apa yang ditimbulkan oleh plaintif,'' kata beliau.
Atas alasan tersebut, mahkamah menyatakan, Khalid tidak memberikan komen yang adil dan oleh itu tidak lagi terlindung di bawah elemen perlindungan bersyarat.
Hasan memfailkan saman tersebut pada 12 April tahun lalu selepas Khalid mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.
Khalid dalam pernyataan pembelaannya menyatakan, kenyataannya dalam sidang media itu adalah bagi menjawab 'serangan' Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.
Pada prosiding hari ini, Hasan diwakili peguam Hasnal Rezua Merizan manakala Khalid diwakili Azhana Mohd. Khairudin.
Disebabkan plaintif tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut, mahkamah menetapkan 27 November ini bagi kedua-dua pihak terlibat berhujah untuk menentukan jumlah ganti rugi dan kos yang perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif.
Suara Politik
Belantan
Salam Saudara,
BalasPadamMohon jasabaik untuk linkkan blog saya Nakhoda Kuale.blogspot
Terima kasih