Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Oktober 05, 2013
Tony Pua diselar hina ROS, Utusan Malaysia?
Ketua Publisiti DAP, Tony Pua diselar kerana bersikap tidak matang apabila menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' ekoran isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau sendiri terkejut dengan tindakan biadab Tony yang mengeluarkan kenyataan melalui akaun Facebooknya pada 29 September lalu selepas keputusan pemilihan semula CEC DAP selesai.
"Beliau telah meletakkan diri sendiri ke tahap tidak matang dengan merujuk ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO'," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Reezal Merican berkata, Tony wajar sedar bahawa kontroversi yang timbul dalam isu pemilihan itu adalah berpunca daripada DAP sendiri apabila ahli-ahli yang tidak berpuas hati membuat laporan wujud penyelewengan, manipulasi dan keputusan tidak konsisten sebelum ini.
"Di dalam proses itu (pemilihan), ramai pemimpin dan ahli menyuarakan kekecewaan terhadap pemimpin DAP dan pergi lebih jauh dengan memohon injuksi bagi menghentikan pemilihan semula," katanya.
Katanya, Tony dan pemimpin DAP lain tidak perlu memanipulasi dan terus mencetuskan kemarahan serta kebencian terhadap ROS yang telah menjalankan tugas berdasarkan laporan yang diterima daripada ahli-ahli DAP sendiri.
"Saya harap pemimpin DAP mengambil tindakan tegas dengan menegur tindakan Tony dan mendesaknya agar memohon maaf kepada pihak yang dihina melalui laman sosial Facebook dengan segera," katanya.
Sementara itu, bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, tindakan Tony itu jelas satu perbuatan biadab kerana mahu menyalahkan pihak lain sedangkan kontroversi yang timbul tercetus berikutan masalah DAP sendiri.
"Kenapa dia (Tony) perlu marah pada ROS atau Utusan Malaysia? Adakah kerana muslihat mereka telah terbongkar," katanya.
Katanya, tindakan Tony itu juga membuktikan sikap sebenar DAP yang hanya mahu mencari kesalahan pihak lain bagi menutup kesalahan dan tembelang mereka sendiri.
Suara Politik
Belantan
tahu kenapa tony sekor ni perangai sebijik puaka, kehendak bapak dia namakan dia sebagai tony puaKA..
BalasPadamSapa berani penampaq tony stark (ceehhh mcm IRON MAN daaa) tp jaga-jaga dia pakai perisai besi oooo..
BalasPadam