Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Oktober 17, 2013
Surendran 'penakut' diingatkan tidak spin Prosedur Operasi Standard?
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran diingatkan supaya jujur untuk berterus terang kepada rakyat setelah melihat keseluruhan Prosedur Operasi Standard (SOP) polis melalui operasi membanteras penjenayah bersenjata api yang akan disertainya tidak lama lagi.
Penganalisis jenayah, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim berkata, beliau menarik perhatian bagaimana sebelum ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng setelah diberi peluang oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berlayar dalam kapal selam negara, tidak pula memperbetulkan kembali tohmahannya kononnya kapal selam itu tidak boleh menyelam.
"Malah, saya dimaklumkan pihak media sendiri terpaksa 'mengasaknya' sebaik sahaja dia keluar dari kapal selam bersama Datuk Ahmad Zahid supaya memperbetulkan kembali dakwaannya itu.
"Itu Guan Eng yang tidak mahu berterus terang kemudiannya kepada rakyat mengenai fakta kapal selam negara, kalau Surendran saya tidak tahu lah. Kalau boleh, biarlah dia (Surendran) dapat menjelaskan semuanya kepada orang ramai kelak tanpa memutar-belitkan atau spin apa yang dilihatnya dalam SOP ketika sertai operasi polis berkenaan.
"Nampaknya, Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) begitu terbuka membenarkan dia menyertai operasi, ini saya anggap untuk memperbetulkan prasangka yang bersarang di kepala Surendran," kata beliau disini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Surendran untuk menyertai operasi membanteras penjenayah bersenjata api setelah mempersoalkan SOP polis dalam operasi berkenaan.
Sebelum ini, Surendran mempertikaikan tindakan polis menangkap dan menembak penjenayah berbangsa India sebagai profail berdasarkan kaum (racial profiling) sangat berbahaya.
Dalam kenyataannya kepada portal pro pembangkang, kata Surendran, hampir 70 peratus penjenayah yang ditangkap dan terbabit dalam kejadian tembakan adalah dari kaum India.
Dalam hal ini, Ahmad Faris mengingatkan Surendran bahawa dia tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa sekiranya terjadi insiden di luar jangkaan membabitkannya setelah menandatangani surat untuk mengikuti operasi membanteras penjenayah bersenjata.
Malah, kata beliau, Surendran tidak boleh menganggap operasi polis membanteras penjenayah berbahaya sama seperti mana yang ditontonnya di televisyen apabila pengacaranya melaporkan sesuatu kes jenayah.
"Ini (perbuatan Surendran) lebih kepada political mileage.
"Cuma sekarang Surendran telah menjadi beban kepada polis sebab polis kena juga menjaga nyawanya dan pada masa sama penjenayah yang dihadapi berisiko pula mencederakan anggota polis yang terlibat.
"Kalau terjadi apa-apa kepada dia (Surendran), pembangkang pula akan spin cerita lain," katanya.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan