Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Oktober 25, 2013
Pertikai Kenyataan Tun Mahathir - Cina Lupa Daratan Nak Tegakkan Benang Yang Basah?
Akhbar China Press bertarikh 20 Oktober 2013 menyiarkan artikel bagi mengulas kenyataan Dr. Mahathir baru-baru ini bahawa kaum Cina tidak tahu berterima kasih.
Artikel yang ditulis oleh penulis yang menggunakan nama samaran Liang Yuan bertajuk Konsep model berterima kasih kepada UMNO adakah adil? disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15.
Baru-baru ini, Dr. Mahathir yang mahu menarik sokongan puak konservatif kepada anaknya yang bertanding jawatan naib presiden UMNO telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Cina telah lupa daratan dan tidak tahu berterima kasih.
Bekas Perdana Menteri itu memberikan contoh bagi membuktikan kenyataannya itu dengan menyatakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Najib cuba berbuat baik terhadap orang Cina dengan memberikan mereka pelbagai insentif tetapi kaum itu tidak menyokong BN.
Adakah orang Cina lupa daratan? Diharap Dr. Mahathir janganlah lupa pada satu ketika dahulu pernah berlaku apabila orang Melayu sendiri tidak menyokongnya dan beliau hanya mengharapkan sokongan orang Cina sepenuhnya.
Ketika itu dengan sokongan kaum Cina, Dr. Mahathir dengan mudah dapat meneruskan pemerintahan dan kekal menjadi Perdana Menteri.
Jika beliau yakin apa yang disebutnya itu benar, diharap Dr. Mahathir dapat memperjelaskan satu persatu dengan terang mengenai bab mana yang dikatakannya orang Cina telah lupa daratan?
Jika dibandingkan dengan orang Melayu, sila sebutkan dengan jelas di mana yang dikatakan pemimpin Melayu telah berjasa kepada orang Cina?
Bukankah orang Cina hidup dalam suasana dan keadaan tidak adil? Bukankah orang Cina sentiasa meronta-ronta, mengharungi kepahitan dan bertungkus lumus untuk hidup? Segala hasil usaha sendiri telah dianugerahkan kepada kaum lain.
Begitu tebal muka Dr. Mahathir. Walaupun menyedari akan hakikat itu, beliau masih boleh bertahan lama sebagai Perdana Menteri dan mendakwa melayan semua kaum dengan adil.
Sebenarnya bukan Dr. Mahathir seorang sahaja yang bersikap sedemikian. Ramai pemimpin UMNO lain yang mempunyai sikap dan pemikiran seperti bekas Perdana Menteri itu.
Tidak semena-mena mereka memaksa dan mahu orang bukan Melayu mengucapkan terima kasih dan mendengar cakap mereka. Jika tidak, mereka akan hambat.
Anak Dr. Mahathir sendiri iaitu Mukhriz pernah menyatakan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kedah jangan mengharapkan akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri.
Mohd. Ali yang pernah menerajui Melaka juga marahkan orang Cina kerana tidak tahu mengenang budi sehingga menyebabkan beliau tewas dalam PRU-13. Sebenarnya semua orang tahu di kawasan beliau bertanding itu, majoriti pengundi adalah orang Melayu.
Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) juga sering mengeluarkan kenyataan yang lantang dan bersifat menghasut.
Pengetua Melayu di sekolah menengah pula lantang menyuruh anak-anak Cina balik ke China dan anak orang India berambus balik ke India.
Yang paling menyedihkan adalah politikus yang memegang belantan ini tidak pernah dihadapkan ke muka pengadilan. Sebaliknya mereka ini mendapat jawatan tinggi.
Adakah orang bukan Melayu mahu berterima kasih kepada pemimpin seperti ini dan mengikut model konsep berterima kasih cara UMNO yang dikatakan adil?
Suara Politik
Belantan
maksud tun ialah, bila org cina dapat kerakyatan mereka mula menikam penduduk asal tanah melayu. apa yg meronta-rontanya wahai cina? bukankah kau orang sedang menikmati kek ekonomi yg sgt besar berbanding sebahagian kecil sahaja utk melayu dan bumiputera? cuba bayangkan diri kau orang cina malaysia sedang bernafas di tanah besar cina, berapa ekor tungau yg kau orang cina malaysia boleh dapat? itu pasal la kau orang cina digelar tak tau diri, lupa daratan dan sombong. asal kau orang cina bukan tanah melayu, mak bapak tok nenek kau orang cina berasal dari tanah besar cina, reti tak kau orang cina malaysia?
BalasPadamInilah dasar tak tahu diuntung saki-baki atau cucu cicit Jus Soli..!!!
BalasPadam