Sabtu, Oktober 19, 2013

Mukhriz Cuba Di Sabotaj Dengan Akaun Palsu FB TPM?


Muhyiddin Nafi Keluar Kenyataan Dalam FB Mukhriz Disingkir Kerana Politik Wang

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan mengeluarkan kenyataan yang dibuat dalam satu akaun Facebook mengenai dakwaan adanya keputusan Jawatankuasa Disiplin Umno ke atas Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno menegaskan akaun Facebook itu bukan milik beliau dan telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat akaun Facebook itu yang menggunakan nama Tansri Muhyiddin Yasin'.

"Saya menafikan kenyataan yang dibuat dalam satu akaun FB (Facebook) mengenai dakwaan adanya keputusan Jawatankuasa Disiplin Umno ke atas Datuk Mukhriz.


"Saya tidak mengeluarkan kenyataan itu dan akaun FB itu bukan milik saya," katanya dalam kenyataan ringkas kepada media di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini Sabtu.

Akaun Facebook itu dikesan memuat naik kenyataan pada pukul 8.30 pagi ini yang menyebut Mukhriz telah disingkir daripada percalonan naib presiden Umno.

Kenyataan itu, antara lain berbunyi "Pihak Lembaga Disiplin Umno telah membuat keputusan bahawa calon didapati telah melanggar etika parti dan secara langsung terlibat dalam penglibatan wang yang besar dan diedarkan pada program khas yang diadakan oleh pihak calon baru-baru ini.


"Saya berharap pihak Lembaga Disiplin Umno dapat menyiasat perkara ini secepat mungkin," menurut status dalam Facebook itu.

Status yang dimuat naik itu telah mendapat 45 komen dan 32 like setakat 1.30 petang ini.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Muhyiddin turut mengeluarkan kenyataan melalui akaun Facebook rasmi beliau, menafikan mengeluarkan kenyataan mengenai Mukhriz itu.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan