Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Oktober 29, 2013
Mengapa Anwar terus membisu?
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didesak supaya meminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi penjelasan mengapa 851 perwakilan 'hilang' semasa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu September lalu.
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, Anwar perlu menuntut penjelasan itu kerana semasa pemilihan CEC yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu pun, seramai 753 perwakilan DAP telah didapati 'hilang'.
Katanya, memandangkan Anwar selalu bercakap mengenai ketelusan dan demokrasi, maka adalah perlu Ketua Pembangkang itu membuktikan apa yang diperkatakan beliau dengan meminta penjelasan Guan Eng agar rakyat jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku dalam DAP.
"Jangan amalkan dwistandard. Mengapa membisu apabila DAP tidak telus dan demokratik dalam menjalankan pemilihan CEC? Jangan buat tidak tahu sahaja tentang perkara ini. Kita desak Anwar minta Guan Eng beri penjelasan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kontroversi mengenai CEC DAP berterusan walaupun parti itu sudah melakukan pemilihan semula pada 29 September lalu apabila ramai ahli yang layak mengundi tidak berpuas hati selain mendakwa perkara berkenaan dibuat tanpa mengikut Perlembagaan parti.
Terbaharu, ahli seumur hidup DAP cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Goh Swee Huat membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana menurutnya, pemilihan semula hanya boleh diadakan dalam kongres kebangsaan parti, bukan kongres khas seperti bulan lalu.
Dalam pada itu, Ruslan mendakwa, beliau mendapat aduan terdapat seramai 450 perwakilan yang tidak sah daripada 120 cawangan tambahan DAP turut hadir dan mengundi pada pemilihan semula tersebut.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan