Selasa, Oktober 08, 2013

Demokratik kah DAP?


Mengapa calon yang kalah boleh jadi Setiausaha Agung DAP? Demokrasi masih hidup ke dalam DAP? Lim Guan Eng digesa menilai diri sendiri dan meletak jawatan selepas hanya menduduki tangga kelima dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September lalu.

Guan Eng akan mengambil tindakan tersebut sekiranya beliau sedar mengenai kedudukannya ketika ini. “Sepatutnya individu yang berada di tempat pertama, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang memegang jawatan tersebut, bukannya Guan Eng.

“Guan Eng harus sedar DAP adalah untuk ahli, bukannya milik peribadi. Jangan sewenang-wenangnya melakukan DAP seperti parti sendiri!

Dengan muka selamba dan tak malunya, Guan Eng mengangkat tangan Chin Tong!

Dalam pemilihan CEC baru-baru ini, Chin Tong menduduki tempat pertama selepas mendapat sebanyak 1,438 undi daripada 1,725 perwakilan manakala Guan Eng pula menduduki tempat kelima dengan 1,304 undi tetapi dipilih semula sebagai Setiausaha Agung DAP.

Kita lihat tindakan Guan Eng mengugut akan mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah berhubung isu pemilihan CEC, dilihat tidak profesional dan biadab. Tindakan Guan Eng itu dilihat seolah-olah mahu menutup kesalahan diri sendiri dalam kalangan ahli DAP.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan