Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Oktober 02, 2013
Benarkah projek ‘Spiritual Tourism’ ini wujud di Gambang, Pahang?
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila dikatakan tidak pernah mendengar mengenai Projek mega ’1 Malaysia Spiritual Tourism’ sebagai janggal.
“Jawapan yang diberikan Datuk Seri Nazri Aziz adalah sangat janggal.
“Suatu perkara yang ganjil telah berlaku dalam kementerian apabila isu besar sebegini, pihak kementerian sendiri tidak mengetahuinya,” tegas Ustaz Abdullah.
Datuk Seri Mohamed Nazri hari ini dalam satu laporan media menyatakan bahawa beliau tidak pernah mendengar dan mengetahui tentang projek “1 Malaysia Spiritual Tourism’ yang akan mempamerkan agama seperti Buddha, Hindu dan Kristian seperti yang dilaporkan ISMA.
Justeru itu ujar Ustaz Abdullah, Datuk Seri Nazri harus mengambil tahu hal ini supaya selaras dengan tanggungjawab yang digalasnya.
“Ini adalah suatu perkara besar yang diberi perhatian serius,” tegasnya ketika ditemui wartawan ISMA.
Sehubungan dengan itu, ISMA selepas ini akan bertindak untuk menghantar surat kepada Datuk Seri Nazri dan Sultan Pahang bagi meminta penjelasan lanjut mengenai projek mega ini.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada satu video yang panjangnya 15 minit 55 saat dan laman web http://enchant1mst.com/Projects.html projek ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar dan menjadikannya lebih luas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ia bakal menempatkan patung dan binaan keagamaan melibatkan agama Kristian, Buddha, Hindu, Taoisme dan lain-lain yang mempunyai ciri-ciri tarikan pelancong seperti terbesar, terpanjang, terhebat dan terbanyak.
Sementara itu : Awas penipuan, tiada projek pusat kerohanian di Gambang - MB
Projek membina pusat pelancongan kerohanian pelbagai agama di Gambang, dekat sini seperti yang diuar-uarkan sebuah syarikat pemaju, Enchant Acres Sdn. Bhd. tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, projek tersebut tidak akan dibuat di negeri ini dan apa yang ditimbulkan sebelum ini adalah satu bentuk penipuan.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan