Ahad, September 15, 2013

Di ambang Hari Malaysia : Memperingati hari ulangtahun ke-5 pembohongan Anwar nak jadi PM?


Peristiwa 16 Sept. Anwar Nak Jadi PM : Anwar Ibrahim - hari lain…cerita sama!

Hampir 100 orang wartawan dan jurugambar hadir. Biasanya kehadiran sebesar itu pada sesuatu sidang akhbar awal-awal mencetuskan andaian adalah berita besar bakal meletup.

Apa tidaknya ini hari istimewa 16 September. Suasana gairah itu jelas terpancar pada wajah mereka ketika bersesak di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya awal petang Selasa untuk mendengar ‘ berita besar’ semasa menghadiri sidang Anwar Ibrahim di situ.

Selain para wartawan dan jurugambar ada kira-kira 100 orang penyokong PKR berkumpul di luar bangunan ibupejabat itu. Namun akhirnya ia seperti apa yang disimpulkan oleh seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Inggeris , “ different day,but same story”.

Banyak lagi komen-komen ‘ menyumpah’ yang kedengaran dikalangan para wartawan yang hadir. Ada yang kata rasa macam ‘ kena main’ oleh Penasihat PKR itu. Jangan kata berita besar kalau nak kira sempena dengan hari penentuan yang Anwar gembar gemburkan selama ini habuk pun tak ada yang baru.

Ini lebih-lebih lagi mengenangkan pada kenyataan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua Isnin bahawa Anwar akan umum nama 32 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang nak melompat semasa sidang akhbar itu.

Itulah sebenarnya yang semua orang nak dengar. Adakah 32 orang itu dan siapa mereka? Anwar bukan saja tak umum nama sesiapapun tetapi membawa para wartawan ‘ pusing keliling ’ bila berkali-kali ditanya mengenainya.

Beliau sebaliknya dengan bijak menyusun ayat untuk mengambarkan seolah semua mereka sudah set nak melompat dan kerajaan mungkin akan aniaya mereka bila tahu siapa mereka.

Bila diminta angka yang betul, Anwar berkata setakat ini sudah ada lebih 31 orang yang diperlukan. Diminta pula sebut nama mereka semua beliau berkata , “kalau umum mereka akan ditangkap serta merta.”

Menurut Anwar beliau hanya akan dedah senarai nama mereka itu dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri untuk merundingkan penyerahan kuasa secara aman dan teratur.

Untuk memberi gambaran seolah semua on track tetapi kemungkinan ada sekatan tertentu, Ketua Pembangkang itu meminta kerajaan tidak guna ISA tahan mana-mana Ahli Parlimen yang lompat parti.

Katanya kerajaan juga tidak harus guna kuasa darurat, guna kuasa polis atau gantung perlembagaan mahupun bubar parlimen dalam usaha halang cita-cita pembangkang berkuasa.

Ditanya sekiranya beliau gagal jumpa Perdana Menteri, Anwar kata beliau bincang dengan barisan pembangkang mengenai pilihan lain untuk ambilalih kerajaan. Peliknya dalam sidang media kali ini yang sepatutnya ‘ hari besar’ tiada tokoh-tokoh besar pembangkang yang hadir.

PAS diwakili oleh Setiausaha Agung Datuk Kamaruddin Jaafar dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli yang diketahui umum memang pro Anwar. DAP hanya diwakili oleh Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai. Nampaknya semakin hari Anwar semakin hilang tarikh bila nak ambil alih kuasa.- 16/9/2008

Moral of the story : Anwar boleh tipu semua rakyat Malaysia, tetapi tidak boleh tipu dirinya sendiri!

Untuk episod sebelumnya sila baca di Episod 1, Episod 2, Episod 3, Episod 4.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan