Isnin, Ogos 19, 2013

Komplot jahat Anwar jatuhkan Najib menjelang pemilihan UMNO?


Tindakan Anwar Ibrahim mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan dilihat sebagai satu lagi komplot atau taktik jahat Ketua Pembangkang itu untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri menjelang pemilihan UMNO akan datang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa, Anwar sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ahli UMNO bahawa kononnya Najib sanggup berkompromi dengan musuh politiknya.

"Anwar ingin mewujudkan kesangsian dalam kepimpinan UMNO seolah-olah Perdana Menteri yang mahu berkompromi dengannya. Ini manipulasi dan permainan jahat Anwar.


"Saya tahu daripada rakan-rakan di Indonesia bahawa beliau (Anwar) yang sebenarnya mengusulkan perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ezam mengulas pendedahan beberapa blog yang mendakwa Anwar sebenarnya menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat yang disampaikan menerusi bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.

Tiga syarat Anwar itu dakwa salah sebuah blog, http://www.rbfonline.net adalah melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, melantik empat Ahli Parlimen PKR sebagai menteri, beliau akan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Najib akan memilih siapa pengganti kekosongan itu tetapi semuanya ditolak oleh Najib.

Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel pada Isnin lalu mendakwa, Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan tersebut tetapi beliau menolaknya.


Mengulas lanjut, Ezam berkata, tindakan Anwar menyatakan usul kerajaan perpaduan oleh Najib tidak masuk akal memandangkan pihak yang terdesak untuk meraih kuasa adalah Anwar, bukannya Perdana Menteri.

"Anwar memerlukan kuasa untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Sebab itu saya tidak terkejut kerana saya cukup yakin Anwar dalam keadaan terdesak dan sebab itu dia yang mengusulkan kerajaan perpaduan supaya dapat kuasa, duduk dalam pemerintahan kerajaan," katanya.

Bagi penulis, sebelum pun pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan itu kelmarin, ramai yang mencebik bibir tidak percayakan dakwaan Anwar.

Ini termasuk parti pembangkang seperti Pas dan DAP yang nampaknya tidak teruja kerana menganggap ia sekadar provokasi Anwar. Rupa-rupanya apa yang berlaku, menurut pendedahan beberapa blog, Anwar yang sebenarnya membuat tawaran tetapi apabila ia ditolak oleh Najib, beliau ubah cerita ikut belakang pula.


Penulis lebih melihat ia sebagai ‘penyakit’ Anwar selepas pilihan raya umum (PRU). Kalau selepas PRU-12, beliau bersandiwara dalam peristiwa 16 September yang tidak mungkin dilupakan.

Beliau mendakwa lebih 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan keluar parti bagi membolehkan pembangkang memerintah.

Nama Yang di-Pertuan Agong juga diheret, kononnya telah memberi perkenan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersetuju memberi sokongan. Semuanya itu didapati tidak benar.

Kali ini, selepas PRU-13, ada lagi episod menjual mimpi, cuma ceritanya berbeza. Anwar masih tetap Anwar dan tidak pernah berubah.

Berapa banyak lagi sandiwara beliau selepas ini, yang pada penulis, penyakit itu tidak mungkin dapat dirawat lagi. Malah semakin bertambah teruk dari hari ke hari?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan