Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Ogos 02, 2013
Email dari pembaca : CUEPACS asyik minta bonus?
Saya tertarik dengan kenyataan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, berhubung tuntutan supaya kerajaan memberi pertimbangan bonus dua setengah bulan termasuk pendahuluan sebanyak setengah bulan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam.
Saya yakin jika kerajaan meluluskannya, tentunya penjawat awam yang telah bersara juga akan menerima limpahannya.
Saya terpanggil untuk memberi komen berhubung tuntutan pemberian bonus tersebut. Semasa saya berada dalam kerajaan dahulu, saya memang melihat diri saya sahaja yang perlu diberi bantuan kerana saya anggap gaji saya kecil.
Semasa berada dalam kerajaan juga, kebanyakan yang rapat, saya kenal dan temui adalah sesama kakitangan kerajaan. Oleh itu saya tidak berapa faham masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh orang lain. Setelah bersara kira-kira 14 tahun lalu baru saya berkesempatan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Saya sempat berkenalan dan mendalami kehidupan rakyat biasa seperti nelayan, petani, penoreh getah, pemandu teksi, peniaga warung dan sebagainya.
Kalau sebelum ini sebagai penjawat awam saya merasa pendapatan sentiasa tidak mencukupi, rupa-rupanya para nelayan, petani, penoreh getah bahkan peniaga kecil pun begitu juga.
Bahkan mereka lebih teruk lagi. Saya insaf dan merasakan kehidupan sebagai penjawat awam sebenarnya adalah jauh baik dan lebih terjamin.
Sumber pendapatan dan kehidupan mereka yang saya sebutkan tadi banyak bergantung kepada cuaca. Kalau hujan dan ombak besar nelayan tidak turun ke laut. Petani dan penoreh getah juga sukar untuk ke ladang atau menoreh getah.
Kalau hujan orang lebih selesa duduk di rumah. Oleh itu, pemandu teksi sukar untuk mendapat ramai pelanggan. Tambahan pula bilangan teksi di seluruh negara terlalu banyak, terutama di Kuala Lumpur.
Peniaga warung juga tidak dikunjungi ramai pelanggan. Ini bermakna sumber pendapatan mereka turut terjejas.
Keadaan ini berbeza dengan penjawat awam. Tidak kira hujan lebat atau ribut apabila cukup bulan dapat gaji. Gaji tidak pernah berkurangan. Bahkan setiap tahun akan bertambah kerana kenaikan gaji. Ini tidak termasuk kemudahan pinjaman perumahan dan kereta yang disediakan oleh kerajaan dengan kadar bayaran bunga yang kurang. Potongan bulanan dari gaji sangat kecil. Rakyat biasa, termasuk kakitangan swasta terpaksa membayar kadar bunga yang tinggi kepada bank.
Jika hendak dikira, walau banyak mana sekalipun pendapatan, masih tidak mencukupi. Ini kerana nafsu manusia tidak terhad. Semua kita hendak beli. Kadang-kadang kita berlumba dengan orang lain. Apa jiran beli kita pun hendak beli. Kita sanggup bergolok bergadai kerana hendak membeli sesuatu tanpa mengira kemampuan kewangan walaupun barang itu kadang-kala kurang diperlukan.
Yang ada kredit kad akan menggunakan semaksimum yang boleh. Tidak hairan puluhan ribu rakyat negara ini yang diisytihar muflis sebab gagal membayar hutang. Ini semua gara-gara berbelanja mengikut nafsu dan tidak mengukur kemampuan kewangan sendiri, pada hal peribahasa Melayu ada mengingatkan kita, ukur baju di badan sendiri. Bermakna, kita hendaklah berbelanja mengikut jumlah pendapatan kita.
Apa yang saya sebutkan di atas ada kaitannya dengan tindakan CUEPACS yang saban tahun meminta bonus daripada kerajaan. Setiap kali menjelang pembentangan bajet negara, CUEPACS akan membuat tuntutan yang sama iaitu pemberian bonus tahunan dan elaun hari raya. Pemimpin-pemimpin CUEPACS kena belajar bertanya rakyat biasa di tepi jalan, apa komen mereka terhadap tuntutan yang dibuat setiap tahun?
Kalau hendak tahu biarlah saya beritahu, mereka sebenarnya sangat tidak suka. Sebagai contoh, saya turunkan apa yang seorang sahabat saya kata melalui SMS tentang tuntutan CUEPACS: "Masalahnya ketua CUEPACS tu asyik dok lobi. Kadang-kadang rasanya kerja dia tak ada lain, cuma minta bonus, naik gaji, imbuhan dan lain-lain pembayaran. Dari segi idea tak ada dan produktiviti tak nampak meningkat."
Rakyat kurang bersuara. Tetapi hakikat sebenarnya begitulah. Mereka tidak puas hati dan tidak suka dengan tuntutan CUEPACS. Macam tiada lain yang hendak diminta. Yang anehnya tidak pula kedengaran dan kalau ada pun jarang-jarang, kakitangan syarikat swasta yang membuat tuntutan sedemikian kepada majikan mereka. Apakah mereka itu tidak merasa kesempitan kewangan? Atau mereka ada prinsip?
Sepuluh tahun lalu memang gaji kakitangan swasta lebih tinggi dibandingkan dengan penjawat awam. Sebab itu ramai penjawat awam yang berhijrah bekerja dengan pihak swasta. Keadaan sekarang adalah sebaliknya. Gaji sesetengah kakitangan kerajaan adalah jauh lebih baik dibandingkan dengan swasta sejak semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Penjawat awam harus berterima kasih kepada beliau.
Rakyat bukan marah CUEPACS membuat tuntutan tetapi biarlah berpatutan. Jangan terlalu banyak. Janganlah dibuat setiap tahun. Kalau dibuat pun jangan dihebohkan sangat. Tambahan pula, kedudukan kewangan negara harus diambil kira.
Perbelanjaan negara untuk pembangunan yang semakin meningkat juga tidak harus dilupakan. Kerajaan bukan hendak menjaga kebajikan penjawat awam sahaja. Kerajaan juga perlu menjaga kebajikan rakyat lain.
Sebab itu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan untuk meringankan beban rakyat. Dalam hal ini, kakitangan kerajaan yang gajinya di bawah RM3,000 telahpun menerima nikmatnya. Kemudahan lain yang disediakan untuk rakyat termasuklah Kedai Satu Malaysia, Klinik Satu Malaysia, pemberian tayar kepada pemandu-pemandu teksi dan sebagainya.
Saya terfikir kata-kata bekas Presiden Amerika, Abraham Lincoln ada kewajarannya: "Jangan fikir apa negara boleh beri kepada kita. Fikir apa yang kita boleh beri kepada negara."
Justeru sebagai sebuah kesatuan pekerja CUAPACS perlu menggalakkan ahli-ahlinya supaya memikirkan apa sumbangan yang boleh diberi untuk meningkatkan kualiti kerja, bukan menjadi juara membuat tuntutan itu dan ini. Seolah-olah pemimpin-pemimpinya menggunakan isu tuntutan bonus kepada kerajaan untuk menjadi popular dan dilihat sebagai pejuang!
Jika kos yang semakin tinggi dijadikan alasan untuk menuntut bonus yang tinggi, CUEPACS harus ingat bahawa bukan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta orang sahaja yang terlibat.
Kesemua 27 juta rakyat Malaysia di pelbagai lapisan hidup di seluruh negara turut terlibat. Ini termasuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Mungkin ramai tidak sedar, pemberian bonus kepada penjawat awam turut mendorong peniaga-peniaga menaikkan harga barangan sebab menganggap kakitangan kerajaan mendapat durian runtuh.
Sekiranya kerana jasa berkhidmat kepada kerajaan dijadikan alasan oleh CUEPACS untuk menuntut bonus yang tinggi, jangan lupa, sebenarnya semua rakyat negara ini juga berjasa kepada kerajaan dan negara, mengikut kapasiti dan kategori tugas masing-masing. Ini termasuklah kakitangan swasta, pemandu pelancong, tukang sampah di tepi jalan, tukang bersih tandas, pemandu bas, atlet negara, pendakwah dan lain-lainnya.
Atau apakah kerana penjawat awam mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini menyebabkan CUEPACS merasa berhak mendapat bonus? Jangan lupa rakyat Malaysia yang lain juga mengundi.
Mengundi adalah tanggungjawab setiap rakyat. Mereka bukan sahaja mengundi bahkan juga menyokong Barisan Nasional (BN). Jika tidak mana mungkin BN memenangi 133 kerusi dan terus kekal memerintah negara. Dalam konteks ini, ada yang bertanya: "Betulkah semua penjawat awam mengundi menyokong kerajaan?"
Untuk mengelak tuntutan bonus oleh penjawat awam ini dipolitikkan, ada baiknya jika kerajaan membuat ketetapan awal mengenai kadar bonus yang akan diberikan setiap tahun. Contohnya pemberian bonus satu bulan gaji. Jika kedudukan kewangan positif, kadar itu boleh ditambah. Jika tidak penjawat awam akan kekal dibayar mengikut kadar yang ditetapkan. Dengan cara ini CUEPACS tidaklah perlu merengek setiap tahun kerana mereka sudah tahu kadar bonus yang akan diterima setiap awal tahun.
Oleh : AHMAD SHUKERI
Kelana Jaya, Selangor
Suara Politik
Belantan
Betul3, kerja macam tu juga, siap buat MLM lagi diwaktu bekerja & facebook menyebarkan barang yang dijual, kadang2 cemburu pun ada dengan mereka.
BalasPadamdah sampai masanya kakitangan kerajaan tidak dibenarkan berniaga, yang dibenarkan hanya yang bergaji 1,500 ke bawah dan hanya lepas waktu pejabat.
bayangankan kalau gaji 1,500 kalau campur dengan elaun, ada yang lebih 2k
Betul3...itu semua adalah tindakan yang pasti membawa kepada keburukan.Apakah itu saja yang dapat dilakukan oleh seseorang yang dikatakan pemimpin cuepacs. Kalau macam tu., tak perlu lah ada pemimpin...budak kecik pun pandai meminta-minta...buat malu orang melayu saja...
BalasPadamok...ok...ok. jangan mintak bonus tahun ni. ramai sgt rupanya yg jeles dan sakit hati. tapi aku nak jugak balas balik apa yg artikel bekas penjawat awam tu tulis.
BalasPadam1. kalau bukan cuepacs yg mintak bonus, ada pihak lain ke nak tolong mintakkan?
2. cuepacs adalah persatuan yg menaungi kakitangan awam. memang kerja cuepacslah utk bersuara bagi pihak ahi.
3. selama ini, kerajaan belum pernah memberi 100% permintaan bonus oleh kakitangan awam. selalunya jika minta 2 bulan gaji, paling banyak dapat sebulan. selalunya setengah bulan gaji minima rm500.00. baru2 ni je dapat minima rm1000.00.
4. untuk kebajikan pihak2 bukan kakitangan awam, sepatutnya kesatuan2 tertentu yg menaungi merekalah yg memohon insentif dpd pihak2 tertentu spt kerajaan @ swasta. jgn peningkan kepala dgn melebihkan jeles dan membusukkan hati dgn dengki kpd apa yg org lain minta bonus. bukan semestinya dapat apa yg diminta.
5. aku rasa apa yg orang luar boleh bisingkan, rungutkan dan komplenkan ialah tentang produktiviti kerja kakitangan kerajaan. bila gaji dah banyak, elaun dah besar, produktiviti perlulah setimpal. komplen pada kakitangan awam yg gaji besar tp habiskan masa kat warung habiskan masa. nilah yg jadi kuman kudis kepada kakitangan awam. lama2 akan jadi barah. bagus lagi kalau dapat tangkap jenis yg macam ni, lapor pada majikannya dan tuntut supaya kena buang kerja. aman malaysia...
Kaki tangan kerajaan di Pusat Pentadbiran kerajaan PutraJaya MAJORITI KELATE mari Sah kuat Pembangkang Tak percaya sila buat kajian &penyelidikan.
BalasPadamAku tak kisah sangat kalau kakitangan kerajaan jalankan tugas dema dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Tapi macam penulis cakap di atas, kita kena ingat jugak orang lain yang bukan kakitangan awam. Kat mana dah diletakkan 'rakyat didahulukan'? Dah tak relevan?
BalasPadamKalau difikirkan banyak usaha baik kerajaan menjadi sia2 kerana tiada sifat dedikasi dan bersungguh2 dalam menjalankan tugas, buat sesuatu kerja setakat hangat2 taik ayam, sekali diketuk sekali kerja, ambil mudah, dan macam2 lagi pandangan negatif yang ditempelkan kepada kakitangan awam. Janganlah setiap kali terantuk baru tengadah.
CUEPACS jangan berfikiran sempit, nak perjuangkan kebajikan penjawat awam saja tanpa melihat kepada golongan sasaran mereka iaitu orang awam. Pernah CUEPACS buat kajian mengenai kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan awam? Pernah CUEPACS buat kajian susulan terhadap penjawat awam yang dikenakan tindakan tatatertib atau dibuang kerja? Jawapan kepada soalan2 itu pasti boleh digunakan untuk tingkatkan lagi semangat dan prestasi kerja.