Isnin, Ogos 12, 2013

Alkisah Namawee namanya?


Lagu kebangsaan kita, Negaraku menjadi Negarakuku. Dia menyanyikan lagu yang menghina lagu Negaraku itu di Youtube. Seluruh dunia boleh melihat penghinaan seorang warganegara Malaysia terhadap negaranya. Lihat senikatanya di sini.

Tapi dia tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sebuah parti politik Cina memberi perlindungan kepada budak Cina ini. Walaupun kesalahan menghina lagu kebangsaan sangat berat, tapi budak Cina ini terlepas.

Itulah budak Cina bernama Namawee yang mendapat pendidikan di Taiwan. Budak ini menjadi kurang ajar dan biadab kerana selalu dilindungi daripada undang-undang. Ini kerana pihak yang diberi tanggungjawab melaksanakan undang-undang melakukan pilih kasih.


Orang luar pasti tertanya-tanya kenapa budak ini terlalu hebat dan kebal daripada undang-undang. Kalau tak kebal pernahkah tindakan undang-undang dikenakan ke atas dia? Jawapannya dia tak pernah dikenakan tindakan waima menghina lagu Negaraku.

Budak Cina ini bukan pertama kali biadab dan memprovokasikan sentimen perkauman. Selepas tidak diambil tindakan kerana menghina lagu Negaraku, dia memaki hamun pula seorang guru di Johor kononnya menyuruh pelajarnya (Cina) balik ke negara asal. Padahal perkara itu tidak wujud sama sekali.

Budak Cina berasal dari Johor ini terlepas lagi. Walaupun memaki hamun (ilmu yang dipelajari di Taiwan) tidak tidak ada siapa yang berbuat apa-apa. Terbaru sekali dia menyumpah seranah pihak yang mempertikaikan filem komunis, The New Village yang juga diarahkan oleh Cina tempatan. Katanya tindakan ke atas filem The New Village kerana pengarahnya Cina. Tapi dia tak tahu filem mengenai komunis yang dibuat oleh orang Melayu pun kena haram juga.



Video sumpah seranah itu masih berada di Youtube. Kita tidak tahu siapakah yang berani mengambil tindakan ke atas budak Cina yang seorang ini. Sebabnya setakat ini pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak supaya undang-undang dimuliakan.

Malah ada NGO yang mendesak supaya kerakyatan budak Cina ini dilucutkan. Kita sokong desakan ini 200 peratus. Bukan kerana dia Cina tapi kerana dia biadab, kurang ajar dan menghasut kononnya filem The New Village dihentam kerana dibuat oleh orang Cina, Tanda Putera tidak dihentam kerana dibuat oleh orang Melayu. Dia sengaja melaga-lagakan Melayu dan Cina.

Tapi pihak berkuasa sepatah haram pun tak berkata apa-apa. Sindrom apakah yang melanda mereka hingga takut begitu rupa untuk melaksanakan undang-undang?

Kenapa istimewa sangat budak Cina ini? Adakah kerana dia Cina? Kalau kerana dia Cina, kenapa? Adakah orang Cina dikecualikan daripada tindakan undang-undang apabila menghina lagu Negaraku? Adakah mengambil tindakan undang-undang ke atas budak Cina ini bermakna kita rasis?


Peliknya, seorang budak Cina yang hingusan pun tak boleh nak uruskan. Itu baru seorang. Kalau banyak lagi macammana? Adakah kita tidak cukup undang-undang untuk dikenakan di atas sikap kurang ajarnya? Kalau ada undang-undang, kenapa tak digunakan untuk mengajar seorang warganegara yang biadab?

Sebenarnya NGO hanya boleh mendesak sahaja tapi tindakan berada di tangan pihak berkuasa. Kalau pihak berkuasa tak menggunakan kuasa, apalah yang NGO boleh buat? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pun tak buat apa-apa kerana mendakwa ke mahkamah bukan kuasa SKMM.

Kalau begitu tak apalah, kita tunggu penghinaan dan kebiadapan yang lebih hebat lagi daripada budak Cina bernama Namawee ini. Kita percaya budak Cina ini akan membuat yang lebih dahsyat lagi. Kalau pihak berkuasa tak mahu ambil tindakan, kita alu-alukan apa sahaja perbuatan Namawee kepada negara ini. Bagilah dana supaya dia boleh buat filem lebih hebat mengenai buruknya negara ini. Kita hanya berkokok sahajalah.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

  1. KENYATAAN MEDIA SELAMATKAN INSTITUSI TABUNG HAJI

    Kami NGO Islam ingin menarik perhatin kerajaan dan juga masyarakat umum mengenai perlantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi baru Lembaga Tabung Haji oleh kerajaan. Kami berpendapat bahawa perlantikan beliau sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji, tidak menepati kriteria transformasi dan tidak bersifat transformatif seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini.

    Sebuah organisasi perniagaan yang mempunyai wawasan dan tujuan yang besar lagi murni serta mempunyai kaitan rapat dengan aspirasi kerajaan, Islam serta kaum Muslimin, ia sepatutnya dipengerusikan oleh seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan serta memiliki latar belakang pentadbiran perniagaan serta kelulusan akademik yang tinggi. Selain dari memiliki kriteria tersebut, untuk mengurus suatu entiti perniagaan besar seperti Lembaga Tabung Haji dengan imej Islam pula, pengerusinya memerlukan reputasi yang tinggi dengan integriti dan sahsiyah yang tinggi juga.

    Maka, kami berpendapat Datuk Abdul Azeez tidak mampu membawa imej tersebut dan tidak sesuai menjadi pengerusi kerana Lembaga Tabung Haji terlalu besar baginya serta mempunyai kaitan dengan imej dan identiti Islam pula. Oleh yang demikian kami meminta kerajaan menilai semula keputusan perlantikan Datuk Azeez tersebut dan segera mencari calon baru yang lebih kompeten dengan memiliki integriti dan sahsiyah yang tinggi yang justeru dapat memelihara imej kerajaan yang bersih lagi Islamik serta dapat membawa Lembaga Tabung Haji kepada tujuan asal penubuhannya dan dalam masa yang sama dapat menyelesaikan pelbagai masalah kronik yang sedang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji ini.

    Ismail Mina b. Haji Ahmad
    4 Julai 2013
    Presiden
    Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

    BalasPadam