Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Julai 26, 2013
Salah guna kuasa dalam DAPig : Sampai bila Kit Siang, Guan Eng mahu tutup mulut?
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng didesak untuk tidak berterusan menutup mulut daripada memberi penjelasan berhubung isu-isu yang membelenggu DAP khususnya berkaitan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.
Desakan tersebut disuarakan bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat yang mahu kedua-dua pemimpin tertinggi DAP itu turut menjawab dakwaan berhubung penipuan dalam pemilihan CEC seperti didedahkan penulis Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC), Father Augustus Chen.
Malah menurutnya, Kit Siang perlu tampil menegaskan mengenai hubungannya dengan Father Augustus yang didakwa pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP itu sebelum ini.
"Kit Siang dan Guan Eng tidak wajar berdiam diri dalam perkara ini. Sekarang semua pihak mula faham mengapa Guan Eng enggan memberi senarai nama 2,576 perwakilan yang berhak hadir dan senarai 1,823 perwakilan mengundi dalam pemilihan CEC itu kepada lima pemimpin DAP yang lain serta Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Kalau nak berbicara soal ketelusan seperti slogan pentadbiran Guan Eng iaitu Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT), buktikan. Sampai bila mahu tutup mulut?'' soal beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kelmarin, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong memberitahu, Father Augustus didakwa pernah menjadi rakan karib Kit Siang namun persahabatan mereka tamat kerana Kit Siang dikatakan mengamalkan nepotisme.
Kit Siang sehingga kini masih gagal memberi penjelasan berhubung penyelesaian isu pemilihan CEC yang diadakan sebelum ini.
Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.
Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan