Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Julai 27, 2013
Akhbar SinChew Daily sindir UMNO dan masa depan MCA?
Akhbar Sinchew Daily bertarikh 23 Julai 2013 melalui ruangan Sudut Pendapat memaparkan tulisan Tai Boon Kui mengenai masa hadapan MCA yang perlu pisahkan antara politik dan parti.
Pemilihan pusat MCA sudah pun bermula tetapi tidak membawa sebarang makna kerana rata-rata anggap zaman MCA telah pun berlalu dan siapa pun menjadi Presiden tidak begitu penting lagi.
Apa yang boleh dikatakan, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah menunjukkan masyarakat Cina begitu hampa terhadap MCA menyebabkan mereka tidak mahu lagi hiraukan parti itu. Siapa sahaja menjadi Presiden umpama pepatah isi dalam botol tidak ditukar, hanya tukar label botolnya sahaja, adakah kita boleh harapkan Presiden baharu nanti naikkan MCA ataupun masyarakat Cina di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO? Tidak mungkin! Kerana berlaku banyak sekatan dan beban.
Bagi saya yang bukan ahli MCA, PRU-13 saya undi parti pembangkang tetapi saya juga tidak mahu MCA terumbang-ambing kerana pakatan pembangkang masih belum mainstream (terutama sekali PKR) untuk pastikan UMNO tidak monopoli. MCA masih lagi berfungsi untuk imbangi kuasa fanatik yang begitu ghairah, kewujudannya masih ada nilai lagi. Tetapi, untuk MCA berubah amat susah kerana mereka terikat dengan kepentingan dalaman serta beban sejarah menyebabkan para pemimpinnya kaku tidak boleh bergerak dan berubah.
MCA sendiri mahu jaga kepentingan parti dan kepentingan pertubuhan dalam parti, sebab itu perlu patuh dan tunduk mengikut telunjuk UMNO. Jika mahu pertahankan kepentingan orang Cina, terpaksa menentang UMNO umpama durian dengan timun. Hakikatnya, masyarakat Cina hanya mahukan keadilan, apabila orang Cina sendiri dapati tiada tempat untuk mengadu, orang yang dilantik walaupun berkedudukan nombor dua tetapi tidak berkuasa, ini yang menyebabkan mereka tidak tahan!
Para pemimpin MCA perlu mempunyai kewibawaan dan keberanian untuk berubah, hindar dan lepaskan beban struktur lama. Saya berpendapat, jalan terakhir, MCA perlu pisahkan antara parti dan politik. Pengerusi parti perlu tumpukan sepenuhnya dengan politik dan ada pasukan sendiri serta konsep politik jelas untuk dapatkan sokongan orang ramai. Barulah dapat angkat muka di bawah keluarga besar BN sebagai rakan kongsi yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
Ketua Jawatankuasa parti pula diterajui Presiden, tugas utama menjaga kepentingan dan berbincang dalam pengagihan kuasa. Jika konsep politik itu tepat, kepentingan lama dapat diberi jaminan dan pasti tiket undi masyarakat Cina akan kembali semula.
Ini bukan disebut sesuka hati, MCA hari ini memang ramai cerdik pandai tetapi kenapa jatuh ke lembah yang begitu teruk? Sebenarnya, bekas Presiden MCA seperti Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek adalah cerdik pandai yang susah dijumpai tetapi dalam masa singkat mereka tersingkir kerana tidak dapat uruskan sesuatu dengan baik.
Orang yang punyai semangat kuat untuk pertahankan diri habis-habisan seperti Tee Kiat sesuai menjadi Presiden parti dan Soi Lek sesuai menjadi Pengerusi parti yang tiada tolok bandingnya. Jika mereka berdua ini dapat berganding, pasti kekuatan itu amat luar biasa.
Jika mereka dapat jalankan tugas ikut kedudukan masing-masing, serta bekerjasama dengan pemimpin generasi baru seperti Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Dr. Wee Ka Siong, siapa berani kata MCA tiada nafas baru untuk hidup kembali?
Tetapi, jika MCA masih lagi bersikap konservatif di takuk lama, mengikut telunjuk dan duduk di bawah naungan orang lain untuk mendapat kepentingan yang sedikit, menggadaikan maruah bangsa sendiri, beranikah MCA impikan masyarakat Cina akan kembali kepada mereka? Jika begitu, kita sudah boleh jangka keputusan PRU-14 nanti!
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan