Sabtu, Jun 08, 2013

Protes Di Turki : Pemimpin PKR ‘Bisu’?


Media antarabangsa melapurkan berlakunya gelombang protes jalanan anti kerjaan untuk 6 hari berturut-turut di Istanbul dan Ankara, Turki dan beberapa bandaraya utama dunia.

Ini berikutan pada asalnya penentangan warga Istanbul terhadap rancangan kerajaan untuk pembangunan sebuah taman di pusat kota Istanbul dan kemudian merebak menjadi protes anti kerajaan di beberapa bandaraya utama Turki.

Media melaporkan beribu-ribu rakyat Turki telah mengadakan demonstarsi terbesar di Lapangan Taksim, di tengah kota Istanbul sejak 10 tahun bagi mengatakan bantahan terhadap pemerintahan perdana menteri Recep Taiyib Erdogan dari Pari Keadilan dan Pembangunan (dalam bahasa Turki — Adalet Kalkinma Partisi (AKP)


Lebih 1,500 orang telah ditangkap dalam demonstarsi tersebut di mana pihak polis dilaporkan menggunakan kekerasan, pancutan water cannon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyurai demonstrasi tersebut.

Rakyat Turki menganggap Taiyib Erdogan seorang pemerintah fasis dan mula kelihatan sebagai seorang diktaktor.

Ramai kalangan ahli PKR bertanya-tanya kenapa tiada seorang pun pemimpin atasan PKR yang “berani” memberikan sebarang komen tentang kekasaran pihak berkuasa Turki menyuraikan protes tersebut dimana dilapurkan ramai yang tercedera.


Adakah kerana Anwar Ibrahim begitu rapat dengan Erdogan dan PKR sendiri mempunyai hubungan erat dengan parti AKP hingga mereka “bisu” terhadap kekejaman regim Erdogan terhadap rakyat Turki yang berdemo di Lapangan Taksim tersebut.

Kita sedia maklum beberapa pimpinan atasan PKR begitu taksub kepada parti AKP hinggakan penggunaan bas kempen parti yang digunakan oleh Anwar dalam siri kempen “Jelajah Merdeka Rakyat” ditiru (fotokopi) dari bas AKP.

Kita tidak mahu pimpinan PKR bersikap dwi standard. Begitu lantang bersuara terhadap tindakan keras pihak polis terhadap demonstrasi Bersih 2 dan 3, tetapi “menikus” terhadap tindakan keras Erdogan di Lapangan Taksim!

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

  1. Diam tu tanda PKR pun setuju lah bahawa kerajaan Turki memang terpaksa mengunakan cara kekerasan bagi menyuraikan perhimpun yang sudah tidak terkawal. Dia pun paham, kalau dah ramai2 mane ada orang yang dapat mengawal kalau nak terjadi juga keganasan. Biasa lah. Nak buat pe bising2. Ni baru sembur air je dah bising. Bodoh.

    BalasPadam
  2. Anwar Ibrahim masih menagih sokongan dari anak-anak buahnya yang taksub dengan perjuangan jalanannya sejak reformasi dahulu lagi. Ia akan menjerumuskan negara dalam kancah yang lebih teruk. Apakah beliau ingin mengikut jejak Turki yang semakin hari semakin tegang dek kerana bantahan rakyat.

    Pergolakan di Turki kini adalah hasil ledakan hati rakyat terutamanya golongan sekular yang telah terhimpit dengan dasar-dasar oleh Parti AKP pimpinan Recep Tayyip Erdogan. Maka ini adalah masa yang sesuai bagi mereka untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Dengan sumbu ledakan atas alasan menentang cadangan untuk mengubah landskap Gezi Park untuk menjadi replika berek tentera pada era Uthmaniyyah, maka para penunjukkan perasaan yang bermula dengan aman kemudian berindak ganas.

    Ikutilah ulasan saya dalam, "Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniyyah kini bergolak"

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/turki-erdogan-legasi-bumi-uthmaniyyah.html

    BalasPadam