Sekumpulan pelajar Cina Malaysia di Taiwan yang memakai baju hitam, memegang Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik, pada 6 Mei lalu. Tindakan itu rasis atau bukan?
Kebanyakan negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS), mana-mana individu atau pihak yang cuba mengkritik, menegur apatah lagi mengecam bangsa Yahudi, mereka akan dicop sebagai anti-Semitik (anti-Yahudi).
Sentimen anti-Semitik sebenarnya adalah propaganda Yahudi untuk melindungi kepentingan mereka yang berselindung di sebalik kuasa-kuasa besar dunia seperti AS dan beberapa negara Eropah lain.
Selain itu, bangsa Yahudi menjadikan sentimen tersebut sebagai cara mereka menyembunyikan kegiatan keji mereka seperti penipuan, memonopoli perniagaan, penindasan dan penjajahan.
Dengan kekuatan ekonomi yang dimonopoli kaum Yahudi di benua Eropah dan Amerika, pengaruh bangsa tersebut dalam politik bukanlah satu rahsia lagi, dengan sokongan yang tidak berbelah-bahagi ditunjukkan oleh Barat dan AS kepada rejim Zionis, sudah cukup membuktikan mereka mudah 'membeli' kuasa untuk melaksanakan apa jua agenda atau menjaga kepentingan mereka.
Sebagai contoh, dalam isu di Asia Barat, sokongan Washington yang tidak berbelah-bahagi kepada Israel berterusan sehingga hari ini, meskipun rejim Zionis itu jelas melakukan penindasan terhadap penduduk Palestin secara terang-terangan.
Mana-mana pemimpin negara lain yang cuba membela nasib Palestin dan mengutuk tindakan Israel pula, akan dilabel sebagai anti-Semitik seperti nasib Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terkenal dengan kelantangan beliau membela nasib Palestin dan Islam di Asia Barat.
Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad turut dicop sebagai anti-Semitik kerana pernah mengkritik Israel pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila mendakwa peristiwa Holocaust adalah propaganda Barat dan penipuan Yahudi, semata-mata.
Kini, penyakit itu telah merebak ke Malaysia apabila orang Melayu pula berdepan situasi anti-Semitik versi baharu dikenali sebagai sentimen rasis yang disebarkan secara halus dan terancang oleh golongan keturunan Cina cauvinis yang berfikiran ekstrem dan tamakkan kuasa.
Di Malaysia, jika seorang bangsa Melayu 'mencuit' kepentingan orang Cina atau India, mereka akan dicop sebagai rasis (perkauman).
Jika tidak, masakan sebuah akhbar Melayu, dicop sebagai rasis apabila mengeluarkan tajuk 'Apa lagi Cina mahu' selepas tamatnya Pilihan Raya Umum Ke-13 pada bulan lalu.
Lebih aneh, jika orang Melayu mempertahankan hak-hak mereka akan dicop sebagai rasis oleh golongan kiasu Cina ini.
Tun Mahathir bukan sahaja jadi mangsa Yahudi dicop sebagai anti-Semitik tetapi juga di Malaysia, apabila beliau dilabel sebagai rasis oleh kiasu Cina, hanya kerana kelantangan beliau mengkritik parti pembangkang DAP dan segelintir kiasu Cina.
Presiden UMNO ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga pernah dilabel sebagai rasis, semata-mata kerana tindakannya mencium keris pada Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lalu.
Tetapi apabila golongan cauvinis Cina di Malaysia mempertikaikan hak orang Melayu dan Bumiputera tidak pula dianggap rasis.
Sebenarnya, tindakan golongan kiasu Cina di Malaysia ini menyebarkan fahaman rasis di Malaysia adalah semata-mata untuk memastikan agenda mereka untuk berkuasa berjaya.
Tindakan mereka itu kini semakin berleluasa dengan kehadiran Red Bean Army.
Red Bean Army yang dibiayai DAP dan beberapa pihak tertentu di Taiwan sengaja menyebarkan fahaman rasis dan mendakwa orang Melayu sebagai rasis semata-mata untuk menghalang orang Melayu mempertahankan hak mereka.
Gerakan Red Bean Army ini telah berjalan sejak sekian lama dan semakin giat sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Modus operandi Red Bean Army adalah bertujuan mewujudkan gerakan propaganda rasis bagi menakut-nakutkan orang Melayu untuk bercakap tentang orang Melayu atau mempertahankan hak mereka, termasuklah soal agama Islam.
Tidak hairanlah DAP lantang mengecam pertubuhan Melayu seperti Perkasa dan Pekida, apabila mereka secara konsisten menuduh pertubuhan-pertubuhan Melayu itu sebagai rasis, tetapi bersikap double standard apabila tidak mengecam Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) yang kuat kiasu Cinanya.
Red Bean Army dan DAP juga membisu apabila anggota Parlimen Seputeh, Teressa Kok mempertikaikan kepentingan bahasa Jawi pada papan tanda di jalan-jalan.
Di Malaysia, orang Melayu tidak perlu takut dicop rasis untuk memperkatakan hak mereka kerana hak orang Melayu dipertahankan oleh Perlembagaan.
Malah orang Melayu perlu berani untuk menyuarakan hak mereka demi kepentingan bangsa sendiri, bukannya mengamalkan fikiran liberal sehingga sanggup menikam bangsa sendiri.
Selain itu, golongan cauvinis Cina juga perlu menilai semula tindakan mereka, sengaja memainkan sentimen perkauman melampau dengan mempersoalkan hak orang Melayu, raja-raja Melayu dan agama Islam semata-mata untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak lagi bercakap mengenai bangsa Melayu dan Islam.
Jika dibiarkan berterusan, tidak mustahil sikap segolongan kiasu ini boleh menyebabkan majoriti penduduk Cina lain digelar sebagai anti-Melayu dan pastinya keadaan tersebut boleh memburukkan lagi keadaan, sekali gus menggugat keamanan Malaysia yang telah dipertahankan sejak sekian lama.-UMO
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan