Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd. Nor Deris berkata, pihak berwajib sepatutnya menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana kenyataan tersebut boleh menyesatkan orang ramai.
"Siapa dia (Husam) untuk mengeluarkan fatwa yang begitu besar. Apa kuasa dia? Ini hanya satu kenyataan terdesak beliau. Retorik agama seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia amat berbahaya dalam masyarakat hari ini," katanya di sini hari ini.
Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan haram terakhir di Padang Merbok di sini dianggap sebagai mati syahid.
Bagaimanapun kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk menyertai perhimpunan tersebut.
Mohd. Nor yang juga bekas Pensyarah Fakulti Syariah, Akademi Islam Universiti Malaya, Nilam Puri berkata, majlis agama mempunyai kuasa mengikut undang-undang untuk bertindak dan mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan fatwa sesat tersebut.
"Kita ada saluran atau bidang dan pakar masing-masing maka, hormatilah prosedur itu. Kalau tidak, natijah akhirnya akan kucar-kacir, huru-hara. Takkan kalau sakit mata kita hendak rujuk kepada pakar kencing manis," katanya.
Mohd. Syamsul berkata, Islam menetapkan mati syahid adalah apabila seseorang itu bertempur dalam mempertahankan kedaulatan agama dari dikhianati musuh.
"Dalam konteks ini ia berbeza dengan kehendak perhimpunan tersebut di mana untuk memprotes keputusan pilihan raya yang kononnya didakwa tidak telus dan adil.
"Sedangkan keputusan tersebut (pilihan raya) telah ditentukan oleh rakyat dan majoriti menerimanya tanpa sebarang syak dan ragu-ragu," jelasnya.
Beliau turut menyarankan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas agar perbuatan seumpama itu tidak menjadi permainan pihak tertentu pada masa akan datang.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan