Ahad, Jun 23, 2013

Blackout 505 : Mengapa kurang sambutan?

Wajah suram dan kehairanan perhimpunan tiada sambutan!

Mengapa perhimpunan haram Blackout 505 di ibu negara semalam, gagal mendapat sambutan, adalah persoalan yang menarik perhatian ramai.

Di sebalik kempen dan promosi agresif selama dua bulan, sokongan NGO asing serta pelbagai gimik dan provokasi luar biasa, perhimpunan tersebut berakhir hambar.

Beberapa pemerhati dan diplomat asing serta wakil media antarabangsa yang memantau perhimpunan menganggarkan sekitar 20,000 orang hadir.

Sasaran menghimpunkan setidak-tidaknya lebih 500,000 dalam program yang disifatkan sebagai kemuncak bantahan terhadap keputusan PRU-13, jauh daripada tercapai.

Peserta perhimpunan haram B 505 bergaduh sesama sendiri kerana di tipu Anwar!

Penganjur yang diketuai oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ternyata kecewa. Beliau seperti kurang bersemangat ketika tampil berucap buat seketika sebelum beredar meninggalkan para peserta.

Bagi menutup kegagalan perhimpunan itu, Anwar mengaitkannya dengan jerebu yang turut melanda Kuala Lumpur. Tersenyum seketika mendengar alasan seperti itu.

Sebenarnya rakyat Malaysia sudah penat dengan politiking yang keterlaluan. Rakyat juga semakin sedar bahawa perhimpunan haram itu adalah agenda peribadi Anwar yang mahu mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan.

Perkembangan semalam menyerlahkan suatu lagi realiti. Pengaruh Anwar semakin terhakis. Ramai ahli Pas misalnya enggan menyertai perhimpunan tersebut kerana tidak lagi meyakini beliau atas isu moral, integriti hinggalah kepada pendiriannya yang banyak memudaratkan Islam, bangsa dan negara.

Suasana di Padang Merbuk sehingga jam 5 petang!

Ia adalah isyarat jelas kepada Anwar. Jangan terus menghina diri sendiri. Sudah sampai masa beliau mengotakan janjinya untuk menjadi pensyarah di luar negara jika pakatan gagal memerintah.

Kepada rakyat Malaysia, di ucapkan tahniah kerana memperlihatkan kematangan dengan menolak ekstremisme dan sandiwara politik. Begitu juga kepada pasukan polis yang melaksanakan tugas dengan tenang dan sabar di sebalik segala bentuk provokasi dan penghinaan.

Doa dan solat hajat umat Islam sama ada yang dilakukan secara bersendirian mahu pun berjemaah memohon agar negara diselamatkan daripada sebarang perancangan jahat dan kesan buruk perhimpunan itu, dimakbulkan. Alhamdulillah.

Sehebat-hebat manusia membuat percaturan dan muslihat, ia tidak mampu mengatasi ketentuan-Nya. Anwar sepatutnya menginsafi hakikat itu.-ASUMO

Suara Politik
Belantan

1 ulasan: