Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Mei 12, 2013
Video ini bukti DAP cuba memalukan rakyat Malaysia yang hendak mengundi?
Situasi genting semasa PRU-13 yang lalu melihatkan keadaan semasa segelintir individu yang masih tidak faham tentang negara sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik yang mana rakyat berbilang bangsa dan agama berlindung dibawahnya. Tidak kira berkulit gelap, sawo matang atau putih semua masih rakyat Malaysia dan punyai hak untuk memilih kerajaan yang mereka pilih.
Sedih apabila ada bangsa lain yang menghina bangsa Melayu dengan gelaran Bangla dan Pengundi Hantu sedangkan telah berpuluh tahun hidup di bumi Tanah Melayu ini namun mereka tidak kenal yang mana warganegara, yang mana tidak. Kerana taksub mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri maka semua Melayu Mamak dan muka ala-ala Bangla dan Indon dikatakan pengundi hantu. Adakah muka semua Cina ni memang warganegara Malaysia? Kenapa tidak tanya adakah mereka pengundi hantu dari China atau Singapura?
Keadaan ini menimbulkan syak wasangka berkemungkinan ada diantara pengundi keturunan Cina ini bukannya rakyat Malaysia sebaliknya di datangkan khas dari negara China seterusnya memperolehi kad pengenalan negara ini secara sindiket atau pemalsuan, kemudian didaftarkan pula sebagai pengundi.
Dua tahun lalu pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih 90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal di negara ini termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri pelacuran, rumah urut, spa dan lain-lain aktiviti haram.
Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi pengundi. Jika perkara ini benar-benar wujud, maka ia merupakan satu ana,man kepada keselamatan negara.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan