Rabu, Mei 01, 2013

#PRU13 : Nik Aziz@Pok Nik milik tanah bernilai lebih RM10 juta?


Tiada siapa menyangka bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat@Pok Nik sebenarnya memiliki sebanyak 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 hektar) di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini, dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.

Nilai tanah tersebut dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta sekiranya tanah berstatus tanah pertanian itu ditukar kepada komersial, mengambil kira pelbagai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan itu.

Selain Nik Abdul Aziz, isteri beliau, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

Kesemua tanah di atas nama Nik Abdul Aziz telah didaftarkan selepas tahun 1990, iaitu ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan.-UMO

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

  1. wow!!! bnyk tu pok nik....bila nk rasa hasil kekayaan tu. ada lebih baik bersara dr politik, duduk rumah dan ulang alik ke masjid, sekali sekali pergi umrah dan bnyk2 bersedekah. harta bukan boleh bawak mati. nikmatilah sementara masih ada nyawa dan utk lebih berkat, berkongsilah dgn golongan fakir.

    BalasPadam
  2. sikit tu yang terdedah. yang dia sedekah beribu ekar ke nga dan ngeh tak kira?

    BalasPadam