Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Mei 03, 2013
#PRU13 : Anwar semakin panik macam nak mampos?
Bimbang akan mengalami kekalahan teruk dan memalukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad ini, Anwar Ibrahim memperhebatkan pelbagai penipuan, manipulasi, tohmahan serta fitnah terhadap Barisan Nasional (BN) dan agensi kerajaan bagi mengelirukan rakyat.
Terbaharu, Ketua Pembangkang itu mendakwa, UMNO dan BN akan mendalangi pembelian undi secara besar-besaran membabitkan dana berbilion ringgit, menjelang hari pembuangan undi 5 Mei ini tanpa mengemukakan sebarang bukti.
Tidak cukup dengan itu, Anwar mereka cipta pula cerita karut kononnya, terdapat 15 penerbangan khas dari Kota Kinabalu ke semenanjung menggunakan pesawat jumbo jet 747 bagi membawa 'pengundi hantu' untuk mengundi calon-calon BN di Kuala Lumpur dan Selangor.
Beliau juga secara berterusan menipu kononnya sistem pilihan raya di negara ini tidak telus walaupun pembangkang menawan lima negeri pada 2008 apabila menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersih daftar pengundi, selain mempolitikkan isu dakwat kekal.
Fitnah dalam isu dakwat kekal umpamanya bertukar menjadi senjata makan tuan apabila pegawai tentera, Mejar Azmee Bujang yang namanya dijaja pembangkang dalam siri ceramah mereka tampil menafikan pembohongan tersebut serta mahu menyaman pemimpin pakatan.
Bagi beberapa pemimpin politik, sikap 'desperado' Anwar mudah difahami kerana Ketua Pembangkang itu sedar bahawa sokongan majoriti rakyat kini berpihak kepada Barisan Nasional (BN) berikutan rekod pentadbiran Perdana Menteri yang terbukti berjaya.
Menurut bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, beliau tidak hairan melihat 'wayang' Anwar dalam meracuni fikiran rakyat kerana Ketua Pembangkang itu hanya mempunyai baki beberapa hari sahaja lagi yang bakal menjadi penentu kelangsungan hayat politiknya.
"Anwar adalah manusia yang paling pentingkan diri dan tamakkan kuasa. Dia sanggup berbuat apa sahaja malah saya tidak terkejut jika berlaku kejadian huru-hara ala Arab Spring di Malaysia sehingga meragut nyawa rakyat demi memastikan cita-cita politik beliau berjaya.
"Dia hanya ada beberapa hari sahaja lagi dan saya percaya Anwar akan melakukan pelbagai lagi perkara-perkara yang melangkaui batas hanya untuk bergelar Perdana Menteri maka fitnah sebegini tidak menghairankan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Dalam pada itu, penyandang kerusi Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula berkata, Anwar kini sangat terdesak kerana laporan terbaru mendedahkan pakatan pembangkang akan hilang beberapa negeri ekoran sokongan rakyat beralih kepada BN.
Katanya, memang menjadi kepakaran Anwar dalam melemparkan fitnah dan menipu rakyat sebagaimana pembohongan isu 16 September dan nasib yang menimpa masyarakat India di Kampung Puah Pala, Pulau Pinang yang langsung tidak dipedulikan selepas pakatan pembangkang menang di negeri tersebut
"Nasihat saya kepada Anwar tunai dan jawab dulu isu Kampung Buah Pala sebelum sibuk mencipta pelbagai fitnah baru. Rakyat Malaysia kini sudah matang dan tidak mudah lagi tertipu dengan budaya politik fitnah sebegini kerana ternyata BN lebih berjaya dalam memerintah," ujarnya.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, selaku pemimpin gagal, baik ketika berada bersama kerajaan atau semasa menerajui pakatan pembangkang, modal politik Anwar adalah dengan melemparkan fitnah.
"Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun baharu mengambil alih pemerintahan negara empat tahun lalu berjaya dan diakui dunia. Rakyat juga merasai setiap transformasi yang dibawa oleh beliau tetapi apa rekod Anwar? Semasa dalam BN, dia hampir menjahanam ekonomi negara.
"Ketika bersama pembangkang dan menjadi Penasihat Ekonomi Selangor apa yang berlaku? Isu sampah yang tidak begitu rumit pun Anwar tidak boleh selesai, usahkan nak bawa pelaburan besar ke Selangor," katanya.
Tambahnya, langkah melemparkan fitnah, tohmahan serta menipu rakyat itu juga merupakan taktik Anwar untuk mengalih isu pergolakan dalaman antara parti komponen dalam pakatan pembangkang yang sehingga kini gagal diselesaikan Ketua Pembangkang tersebut.
Sementara itu, bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Ezam Mohd. Noor pula berkata, sebagai jaguh putar alam, fitnah adalah 'wirid' wajib Anwar kerana tanpanya, hayat politik Ketua Pembangkang yang terpalit dengan isu moral tidak akan mendapat perhatian.
"Sebab itu, saya selalu berkata antara Ayah Pin (ketua ajaran sesat) dengan Anwar, Anwar lebih bahaya. Anwar adalah 'Ayah Spin'. Malaysia boleh porak-peranda kerana beliau manakala agama dan bangsa pun akan tergadai. Setiap kata-kata Anwar merupakan pembohongan kepada rakyat.
"Lihat sahaja pembohongan tentang 16 September. Terang-terang beliau tipu seluruh rakyat Malaysia. Saya cukup mengenali Anwar, malah sehingga sanggup berkorban masuk penjara, jadi rakyat mesti berhati-hati dengan setiap tutur kata Anwar," katanya.-UMO
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan