Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Mei 07, 2013
PRU-13: Pembangkang kecewa, enggan terima hakikat kekalahan?
Beberapa pemimpin pembangkang hari ini ternyata tidak dapat menerima hakikat kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan menyatakan kekecewaan masing-masing menerusi laman media sosial.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri menerusi laman twitternya berkata, beliau berada seharian di pejabat hari ini dengan berpakaian serba hitam.
"Hari yang muram untuk demokrasi," katanya.
Anak perempuannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai, juga dalam laman twitter berkata:
"Kemenangan moral milik kita berkat usaha rakyat! lawan tetap lawan."
Manakala twitter milik ibunya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pula tidak menyatakan sebarang komen.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya, blog.limkitsiang.com mengkritik kenyataan Barisan Nasional (BN) bahawa kemenangan DAP hasil tsunami Cina yang dianggap tidak tepat.
Malah, Kit Siang menganggap hal itu sebagai tsunami Malaysia yang memperlihatkan peningkatkan kerusi Parlimen pakatan pembangkang daripada 82 pada PRU-12 kepada 89 pada PRU-13.
Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri telah meningkat daripada 197 buah kerusi pada 2008 kepada 230 pada 2013.
Suara Politik
Belantan
BERPAKAIAN HITAM MENANDAKAN KESUGULAN ITU AMALAN SIAPA YE? KRISTIAN / MAJUSI? SILA KEMBALI KEPADA RUKUN IMAN KE ENAM MELAINKAN ORANG SEPERTI INI TIDAK PERCAYA RUKUN IMAN ITU KERANA BERPEGANG KEPADA RUKUN NAFSU SEMATA. KITA MERANCANG...ALLAHPUN MERANCANG. DIAKHIRNYA KITA WAJIB MELAFAZKAN "WALA HAULAWA KHUATAILLAHBILLAH HIL ALIYIAZIM". BARU JIWA KITA AKAN TENANG. BERIKHTIFAR SEBANYAK MUNGKIN DAN MUHASABAH DIRI SENDIRI. PESANAN INI DITUJUKAN KEPADA SEMUA PIHAK.
BalasPadamLKS patut buat analisa keputusan PRU 13 dengan jujur. sudah terang lagi bersuluh calon-calon DAP menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan majoriti cina. Maka tsunami cina lah. atau mungkin yang dimaksudkan ialah cinalah yang malaysiannya melayu bukan malaysian. maka kenalah dengan prinsip "malaysian Malaysia"nya. Dah nyata dah siapa musuh Malaysia sebenarnya.
BalasPadamsembang kedai kopi " sebenarnya Anwar kalah di Permatang Pauh PRU13, tapi pegawai adjust result tak nak bagi Anwar turun berdemonstrasi"....
BalasPadamLa, semua benda boleh jadi joke ye.
Tak perlu nak peningkan kepala nak berfikir pun sebab secara logiknya sekiranya SPR tak telus...ngape puak pembangkang ni dapat undi yang banyak sehinggakan taiko besar UMNO disetengah negeri lingkup..
BalasPadam