Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Mei 25, 2013
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka mengakui berbangga dengan 21 rakyat Malaysia di Singapura yang ditahan polis republik itu atas kesalahan berhimpun kerana menyifatkannya sebagai kebebasan bersuara mereka yang mahukan keadilan sistem pilihan raya di negara sendiri.
Sehubungan itu, empat pimpinan kanan PKR iaitu dua Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Chua Jui Meng serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak di sini hari ini.
Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan haram Bersih, Datuk S. Ambiga turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap PKR dan tindakan rakyat Malaysia terbabit.
Ketika ditemui media selepas penyerahan itu, Tze Tzin berkata, tindakan 21 rakyat Malaysia tersebut merupakan satu bentuk patriotisme kerana mahukan keadilan di tanah air sendiri dan tiada kena-mengena dengan Singapura.
Katanya, PKR juga sedaya-upaya akan menyediakan bantuan kepada mereka yang terbabit sekiranya diperlukan.
"Dan kita sebagai rakyat Malaysia cukup bangga dengan tindakan mereka, walaupun mereka ada langgar undang-undang di Singapura tetapi itu satu kebebasan suara rakyat Malaysia.
"Mereka tidak berniat untuk langgar sebarang udang-undang atau cabar kerajaan Singapura tapi tindakan mereka terhadap Malaysia, tiada kena-mengena dengan kerajaan Singapura (kerana) mereka nak tunjuk patriotisme terhadap Malaysia," katanya.
Memorandum tersebut antaranya menyatakan kebimbangan PKR terhadap 21 rakyat Malaysia yang ditahan akibat menganjur dan menyertai protes haram di Singapura pada 11 Mei lalu.
Akibat protes haram di Merlion Park di republik tersebut pada 11 Mei lalu, salah seorang peserta dibatalkan permit kerja di Singapura, sementara dua lagi menghadapi pembatalan pas lawatan sosial ke negara jiran tersebut.
Suara Politik
Belantan
Di Malaysia dan di Singapura keadaannya tidak sama. Harap jangan lakukan demontrasi ini. Rakyat Singapura tidak berminat dengan perbuatan ini.
BalasPadam