Isnin, Mei 20, 2013

Gerakan meREPUBLIKkan Malaysia, Karpal syor mansuhkan Dewan Negara?



Nampaknya gerakan berterusan DAP untuk merepublikkan negara ini dilakukan tanpa berselindung lagi apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Dewan Negara dimansuhkan.

Karpal berkata, cadangan itu dikemukakan kerana kewujudan Dewan Negara tidak memberi makna secara menyeluruh dan hanya membazir.

"Saya melihat tidak ada keperluan untuk terus mewujudkan Dewan Negara dan tidak seharusnya perbelanjaan menguruskannya terus ditanggung oleh rakyat.

"Ia hanya menggalakkan individu yang ditolak rakyat untuk dibawa masuk ke Parlimen melalui pintu belakang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kaedah seperti yang diamalkan Singapura iaitu kewujudan ruang perundangan tunggal seperti yang diamalkan di republik itu sesuai diamalkan di negara ini untuk kepentingan awam.

Sementara itu, Karpal turut mendakwa kemasukan beberapa tokoh dalam Kabinet sebagai penghinaan kerana tidak dipilih oleh rakyat.

"Mana-mana Kabinet yang berkredibiliti ialah terdiri daripada mereka yang menang dalam pilihan raya kerana dipilih secara langsung oleh rakyat dan bukan melalui pelantikan," katanya.

Cadangan Karpal ini adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab bagi seorang yang berkecimpung dalam bidang perundangan. Jelas sekali beliau tidak menghormati Institusi Raja sebagai Ketua Negara. Ini membuktikan secara jelas, rancangan jangka panjang DAP adalah untuk mengubah perlembagaan negara.

Bukankah ini juga sebagai satu kenyataan HASUTAN dari Karpal Singh?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan