Rabu, Mei 22, 2013

Demo gagal - Ahli DAP tunjuk isyarat lucah?


Ahli DAP, Hata Wahari yang mengadakan demonstrasi berseorangan di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini, hari ini menunjukkan isyarat lucah kepada kakitangan syarikat akhbar itu selepas 10 minit mengadakan bantahan.

Tindakan biadab Hata itu berlaku ketika dia memandu kenderaan trak pikap meninggalkan pekarangan pejabat syarikat akhbar tersebut kira-kira pukul 5.10 petang.

Sebelum itu, rancangan Hata untuk mengadakan demonstrasi membantah di hadapan pejabat Utusan Malaysia di sini, tidak mendapat sambutan apabila hanya dia seorang sahaja yang hadir.

Walaupun digembar- gemburkan dalam laman-laman sosial lebih seminggu lalu, namun demonstrasi yang dirancang diadakan pukul 5 petang itu ternyata gagal mendapat sokongan.


Malah kira-kira 100 kakitangan Utusan Malaysia yang menanti kehadiran para peserta demonstrasi itu ternyata ‘kecewa’ apabila hanya kelibat Hata yang juga telah dipecat sebagai wartawan Utusan Malaysia seorang sahaja yang hadir.

Disambut dengan jeritan “Hidup Utusan!", “Hidup Melayu!" dan “Pengkhianat" akhirnya ahli DAP itu meninggalkan kawasan ibu pejabat bekas majikannya itu kira-kira 10 minit kemudian setelah dinasihatkan oleh polis supaya beredar.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan