Khamis, Mei 09, 2013

Azmin persoal Anwar buli dan heret rakyat berdemonstrasi?


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dalam Twitternya malam tadi mengeluarkan kenyataan yang secara halus mempersoalkan tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau meminta Penasihat PKR itu bermuhasabah serta mengakui kelemahan sendiri atas kegagalan pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat." antara kenyataan Azmin dalam akaun Twitter miliknya yang dilihat seperti ditujukan kepada Anwar.

Katanya lagi, laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri dan jangan mengheret rakyat jika diri sendiri gagal.


Kenyataan Azmin itu merupakan tamparan terhadap Anwar yang pada waktu sama malam tadi sedang berucap di hadapan ribuan penyokong pakatan pembangkang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bagi membantah keputusan pilihan raya lalu.

Dalam tweetnya lagi, Azmin turut meminta keputusan rakyat dalam pilihan raya lalu diterima.

"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat." - UMO

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan