Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Mei 10, 2013
Anwar semakin meroyan - Keputusan PRU-13 berwibawa!
Nampaknya Anwar semakin meroyan sekarang apabila badan bebas yang memantau mengakui proses pengundian yang berlangsung dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu mempunyai kewibawaan dan boleh dipercayai. Malah langkah Anwar mengadakan perhimpunan haram di Stadium Kelana Jaya malam semalam boleh dipertikaikan tujuannya!
Perkara itu diakui tiga kumpulan pemantau proses tersebut iaitu Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) dan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) serta Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).
Pengerusi CPPS, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, secara keseluruhan keputusan pilihan raya yang diumumkan juga adalah sah.
Katanya, meskipun terdapat beberapa kecacatan kecil dilaporkan namun proses pengundian berjalan lancar dan dalam masa sama sukar mendapat proses yang 100 peratus sempurna.
"Secara keseluruhan keputusan itu adalah berwibawa walaupun terdapat kecaman.
"Selain itu, BN juga tidak berhadapan situasi Parlimen tergantung sebaliknya parti itu berjaya mendapat majoriti yang ketara dalam pilihan raya kali ini," katanya dalam sidang akhbar mengenai laporan Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dan Pengarah Asli, Tan Sri Dr. Michael Yeoh.
"Kami berada di Damansara, Petaling Jaya, Bangsar dan Segambut, secara jujurnya tiada bukti berlaku penipuan dan kesilapan di pusat mengundi.
"Tiada isu orang lain boleh nampak pengundi pangkah sesiapa dan setiap prosedur dipantau," katanya.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan