Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Mei 10, 2013
'Anwar mulakan api perkauman'?
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor menyifatkan api perkauman yang melanda negara hari ini berpunca daripada permainan politik terdesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.
Jelasnya, sewaktu beliau menjadi Ketua Pemuda PKR dahulu, Anwar pernah mengarahkannya supaya menarik undi masyarakat Cina semaksimum mungkin kerana menyedari tidak mampu mendapatkan sokongan penuh orang Melayu.
Tambah Ezam, beliau diminta memberi harapan palsu kepada pengundi Cina serta menyelar dasar-dasar yang pro-Melayu.
Berikut kenyataan penuh Ezam:
1. Api perkauman yang melanda negara hari ini bermula daripada permainan politik terdesak Anwar yang bermain politik melampaui batas.
2. Saya pernah ingatkan rakyat tentang hal ini semasa menyatakan sebab-sebab utama saya tinggalkan Anwar hampir 10 tahun lalu.
3. Saya telah nyatakan bagaimana Anwar meminta saya sebagai Ketua Pemuda PKR pada masa itu untuk tumpu tarik undi Cina secara maksimum kerana sedar beliau tidak akan mampu mendapat sokongan maksimum orang Melayu kerana masalah moral yang melandanya.
4. Untuk mendapat undi maksimum Cina, saya diminta memberi harapan palsu kepada mereka dan menyelar dasar-dasar pro-Melayu.
5. Saya tidak sanggup melakukan perbuatan yang jelas hanya satu taktik politik kotor untuk menarik undi maksimum satu kaum dengan menghina bangsa saya sendiri.
6. Anwar meneruskan taktik politik jahat ini dan selepas hampir 10 tahun, hari ini kita saksikan sikap perkauman negatif yang melanda negara hasil taktik jahat dan adu domba Anwar.
7. Saya ingin sekali lagi mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya sedar bahaya ini timbul kerana ada pemimpin seperti Anwar yang rakus dan kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun termasuk menghina dasar bangsa sendiri untuk mendapatkan undi maksimum bangsa lain.
8. Kerana nafsu serakah inilah negara hari ini menanggung bahana api perkauman yang sengaja dirancang untuk hanya mencapai kegilaan menjadi perdana menteri.
9. Manusia ini jugalah yang menjual akidah dengan fahaman pluralisme dan liberalisme beliau serta sikap pro-murtad bersama anaknya, malah dia juga dalang menggadai kalimah Allah.
10. Sekiranya kita memahami permainan kotornya ini, wajib kita memeranginya atas nama agama, bangsa dan negara. Anwar adalah punca keruntuhan tamadun negara ini dengan politik melampaui batas yang diamalkan.
11. Bagi orang Cina saya menasihatkan bahawa Anwar tidak jujur dalam memperjuangkan hak mereka. Ia hanya untuk mendapatkan undi maksimum Cina bagi mengimbangi Melayu yang tidak boleh menerima seorang Perdana Menteri yang berkelakuan songsang.
12. Lihatlah rekod Anwar semasa berkuasa dahulu. Apakah dia membela hak-hak Cina? Jangan jadi mangsa manusia pembohong dan rakus kuasa ini.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan