Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, April 11, 2013
PRU -13 : Wan Azizah digesa perjelas dakwaan lawatan Tian Chua, Sivarasa ke Filipina?
Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah menggesa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memberi penjelasan mengenai dakwaan bahawa Naib Presiden parti itu, Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa pergi ke Filipina pada awal bulan lalu.
Pengerusinya, Khairul Anuar Ramli berkata, rakyat Malaysia juga ingin tahu pendirian rasmi PKR mengenai laporan pihak risikan Filipina yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang utama insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
1. Kita meminta Wan Azizah memberi penjelasan sama ada betulkah Tian Chua dan Sivarasa pergi ke Filipina pada awal Februari tahun ini untuk bertemu pihak tertentu, atau pun Wan Azizah ingin menuduh bahawa UMNO yang membeli tiket untuk Tian Chua dan Sivarasa.
2. Kita semua mahu tahu apakah tujuan pertemuan itu dan bagaimana ia ada sangkut paut dengan pencerobohan pihak asing di Lahad Datu. Apakah Wan Azizah mahu mengatakan UMNO juga mengatur pertemuan tersebut.
3. Apakah pendirian rasmi PKR mengenai laporan pihak risikan Filipina yang mengatakan Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam insiden pencerobohan Lahad Datu, atau pun Wan Azizah menunggu UMNO untuk membuat pendirian rasmi PKR.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan