Khamis, April 11, 2013

PRU -13 : Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina - Perjuangan Kit Siang, strategi DAP?

Perhimpunan DAP di bawah sebuah pokok yang turut dihadiri oleh Lim Kit Siang (tiga dari kanan) di pekan Yong Peng, Johor, Rabu lalu.

Akhbar Sinchew Daily bertarikh 9 April 2013 melalui ruangan ‘Sudut Pendapat’ memaparkan tulisan penulis dikenali sebagai Lim Fang berkenaan strategi pilihan raya yang kerap berubah.

Awalnya, Lim Kit Siang beralih bertanding di Gelang Patah sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meninggalkan sarangnya di Permatang Pauh ke negeri Perak. Pemimpin pembangkang ini boleh membawa semangat dan mempengaruhi emosi pengundi untuk menyokong pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.

Tetapi sikap salah satu daripada komponen pakatan iaitu Pas pula seperti menunggu habuan, seperti tidak yakin untuk melaungkannya dan hanya mahu memperkukuhkan parti sendiri.

Selang dua hari Anwar dengan lantang mahu bertanding di Perak, tiba-tiba semasa dalam ceramah politik di Pulau Pinang beliau begitu merendah diri akur dengan sokongan pengundi di Permatang Pauh dan tidak mahu keluar bertanding di tempat lain.

Sikap ‘mengalah sebelum bertanding’ itu menyebabkan Kit Siang berasa sedih tidak terkata. Pada pukul 12 tengah malam hari yang sama semasa memberi ceramah politik di Batu Pahat, beliau berteriak di hadapan pengunjung - “Biarlah kalah, biarlah mati!" Adakah setelah Anwar membelakangi Kit Siang, masing-masing ada penjelasan tersendiri?

Lazimnya Kit Siang menggunakan taktik simpati awam untuk mendapatkan sokongan pengundi sepanjang kerjaya politiknya dan tidak pernah menggunakan taktik “kalah dan mati" sebagai ungkapan dalam musim pilihan raya umum.

Penganalisis pakatan pembangkang menganggap emosi Kit Siang sedemikian mungkin kerana pengumuman Anwar tidak bertanding di Perak memeranjatkannya. Dengan semangat tinggi beliau bertanding di Johor, pengunduran Anwar seperti mengangkat kaki merosakkan strategi pakatan pembangkang, meninggalkan Kit Siang berjuang berseorangan.

Kali ini Anwar telah merosakkan strategi dan UMNO mengejek beliau kerana meninggalkan kawasan pengundi sendiri. Anwar terpaksa kembali ke sarang di Permatang Pauh kerana beliau menjangkakan mungkin kalah jika berdepan dengan calon UMNO yang begitu hebat.

Cara Anwar berdolak-dalik dalam hal ini menampakkan beliau kurang matang dan kurang terperinci dalam memimpin pasukan sehingga dipersenda akibat perbuatan sendiri.


Menteri Besar Johor dilaporkan mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah menentang Kit Siang. Apabila Kit Siang mendengar berita ini beliau lebih berasa gusar, kerana itu beliau dengan sedih berkata: “biarlah kalah!, biarlah mati!"

Jika benar Menteri Besar bertanding di Gelang Patah, ia akan merekod satu sejarah UMNO berani bertanding di kawasan majoriti kaum Cina. Menteri Besar itu diramalkan sekurang-kurangnya akan mendapat sokongan lebih 40 peratus kaum Cina dan sokongan lebih 80 peratus orang Melayu.

Ramalan dan andaian ini, Kit Siang anggap satu perkara yang benar, menyatakan di Gelang Patah seperti buku bertemu ruas dan DAP tidak perlu memikul beban selama ini dituduh ‘orang Cina tadbir orang Cina’.

Apabila DAP berdepan dengan UMNO mungkin akan timbul kalah mati, Malaysian Malaysia yang dilaungkan DAP pula akan menunjukkan DAP adalah parti politik rasis.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menyeru rakyat menamatkan riwayat Kit Siang, supaya Gelang Patah menjadi kuburnya.

Cabar mencabar pihak lawan itu adalah permainan Kit Siang dan Lim Guan Eng. Guan Eng mencabar Teng Chang Yeow dengan tema ‘pahlawan menentang pahlawan’.

Langkah-langkah seperti ini agak kurang berlaku dalam kalangan orang Melayu kerana orang yang lantang bersuara tidak semestinya boleh menang.

Dalam keadaan Datuk Seri Najib Tun Razak menyusun calon-calon boleh menang, MCA dan masyarakat Cina terpaksa melepaskan dan meminjamkan kawasan kepada komponen yang lain.

Yang penting memperoleh kemenangan, tidak kira apa strategi yang digunakan. Tidak kira sama ada MCA dihina sehingga parti itu kehilangan kewibawaan, ini semua kerana sikap pasif MCA sendiri yang menganggap diri mereka kurang upaya.

Jika BN masih memerintah dalam keadaan MCA masih tidak dapat ‘berkuasa’ dan pakatan pembangkang pula tidak dapat melangkah ke Putrajaya, pastinya ‘UBAH’ yang dilaungkan DAP akan tenggelam dan terpaksa masuk ke dalam komponen BN. Yang jadi pembangkang sebelum ini akan mengambil alih kedudukan MCA.

Walaupun DAP sering menghentam BN, dalam agenda dan manifesto, mereka tidak berani dan tidak pernah mempermainkan UMNO. Bukankah ini untuk memberi ruang DAP berbaik dengan UMNO dan sebagai tempat DAP bersandar pada masa akan datang? -UMO

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan