Ahad, April 14, 2013

PRU -13 : Seperti biasa Hadi anggap isu skandal seks 'pemimpinnya' sebagai tohmahan, fitnah?


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan penglibatan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali dalam rakaman video seks seperti yang tersebar secara meluas ketika ini.

Malah, Abdul Hadi turut menganggap video seks itu tohmahan dan fitnah yang tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas.

"Kita anggap itu satu fitnah dan beri pahala kepada Mustafa. Lagi lama dia (video itu) siar, lagi banyak pahala dia (Mustafa) dapat.

"Kita tidak anggap serius isu ini dan Pas tidak perlu bermesyuarat membincangkan perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Rusila, Marang, di sini.


Abdul Hadi mengulas penyebaran rakaman video seks yang dikatakan mirip Mustafa bersama seorang wanita dalam sebuah bilik yang dikesan disebarkan menerusi laman sosial beberapa hari ini.

Video berkenaan sebelum ini dikatakan sudah disebarkan dalam bentuk cakera padat (VCD) di sekitar Besut di sini. Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi memberitahu, Mustafa juga tidak perlu membuat penjelasan berhubung isu tersebut.

"Kita akan buat solat hajat supaya Tuhan tunjuk bukti. Saya tidak mahu tuduh sesiapa. Tuhan sahaja yang tahu," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan ketika dihubungi menafikan pihaknya membuat tangkapan berhubung penyebaran VCD tersebut seperti dilaporkan beberapa blog sebelum ini.

"Setakat ini masih belum ada tangkapan dan kita masih menyiasat kes ini secara terperinci," katanya.

Sudah siang lagi bersuloh. Masih lagi nak tegakkan benang yang basah! Sesungguhnya Allah swt maha mengetahui. Bersumpahlah dengan nama Allah demi membersihkan nama sendiri! Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan


1 ulasan:

  1. Hadi ialah presiden yang kurang cerdik. Sepatutnya sebagai ketua sesuatu organisasi keutamaan dia ialah menyelamatkan organisasi itu dengan sesuatu bentuk damage control. SUA boleh dilantik bila bila masa sebab kedudukan ini berbentuk perlantikan dan bukan ditandatangani.
    Dia patut tahu dari awal lagi samada Mustapa uzur atau tidak dan bukan selepas empat hari. Video berwarna dan ada audio sekali susah dinafikan ketidak sahihanya.

    BalasPadam