Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, April 08, 2013
PRU -13 : Saman Khalid bermotif politik?
Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini baru-baru ini, tuntutan saman fitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terhadapnya hanya bermotifkan politik.
Katanya, ini kerana banyak blog lain mengeluarkan penulisan mengenai isu kalimah Allah dan pelbagai gambar Khalid namun beliau (Khalid) hanya memfailkan saman terhadapnya.
''Mengapa Khalid memfailkan tindakan ini terhadap saya seorang sedangkan banyak blog lain yang lebih banyak pengunjung juga menyiarkan tentang penulisan isu sama dan pelbagai gambar Khalid.
''Sedangkan artikel asal saya hanya ada artikel untuk mempertahankan kalimah Allah tanpa sebarang gambar,'' kata beliau yang diwakili peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun.
Hamidah menyatakan demikian dalam pernyataan bertulisnya sebagai saksi defendan pertama dalam perbicaraan kes saman fitnah Khalid terhadapnya yang difailkan pada 23 Disember 2011.
Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor menyaman Hamidah berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar Khalid yang disiarkan melalui blognya pada Januari 2010.
Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid sebagai plaintif mendakwa, gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.
Hamidah berkata, beliau tidak pernah menuduh Khalid telah murtad daripada agama Islam dan melakukan pertindihan gambar seperti didakwa.
''Kononnya melalui gambar itu saya telah menuduh Khalid seorang yang murtad sedangkan isu murtad adalah isu serius yang perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah,'' katanya.
Hamidah turut menjelaskan ikatan dokumen tambahan plaintif yang berupa salinan artikel bukan artikel asal yang disiarkan dalam blog asal beliau http://hamidahosman.blogspot.com.
''Salinan artikel ini seolah-olah telah disunting dan dicetak menggunakan medium lain dan yang pasti artikel asal tidak mempunyai gambar yang dimaksudkan,'' katanya.
Beliau memberitahu, blog berkenaan diwujudkan setelah dicadang seorang bernama Azizul Azli Ahmad yang turut menawar diri untuk menjadi pengendali blog itu.
Katanya, blog berkenaan dikendali sepenuhnya oleh lelaki berkenaan malah beliau sendiri tidak mengetahui kata kunci blog itu.
Dalam pada itu ketika disoal balas oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin, Hamidah bersetuju, gambar yang didakwa itu tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam blog.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah bersambung 12 April ini.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan