Selasa, April 09, 2013

PRU -13 : Demi dendam politik, Nik Aziz terus celupar!


Walaupun sudah acap kali dikritik kerana dilihat bermulut celupar atau bercakap sedap mulut sahaja Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata tidak pernah berasa tergugat apatah lagi mahu berhati-hati dalam percakapan.

Terbaru, Nik Abdul Aziz yang dianggap ulama dan ahli politik paling berpengaruh (mungkin juga paling berkuasa) dalam Pas membuat satu lagi kenyataan kontroversi apabila mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Malahan 'lebih hebat', Menteri Besar Kelantan yang semakin lanjut usia itu turut mendakwa UMNO menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

Persoalannya, kalau UMNO dianggap sedemikian bagaimana dengan kawan-kawan karib beragama Islam dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang menjadi sekutu Pas, apakah sembahyang mereka juga tidak mendapat pahala kerana parti mereka tidak mengamalkan dasar Islam?


Sejauh mana pula, Nik Abdul Aziz begitu yakin bahawa solat ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pas termasuk pemimpin-pemimpin mendapat pahala sedangkan seperti mana dihujahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketentuan pahala solat itu kekal menjadi hak mutlak Allah SWT.

Hakikatnya, kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat dalam usaha Pas meraih sokongan politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, sebaliknya kita melihat ia adalah tindakan terdesak Nik Abdul Aziz dalam usaha mengekalkan pemerintahan di Kelantan yang mana semua orang tahu pelaksanaan dasar-dasar Islamnya hanya sekadar retorik politik semata-mata.

Malahan Nik Abdul Aziz seperti juga sesetengah pemimpin Pas yang lain kembali mendendangkan soal pelaksanaan dasar Islam selepas berasa terdesak dan tertekan apabila menyedari pendirian politik mereka dalam pelbagai isu semakin dipersoalkan.

Kalau Nik Abdul Aziz hendak bercakap soal dosa dan pahala, bagaimana pula dengan sikap Pas yang mahu terus bersekongkol dengan PKR dan DAP yang menolak pelaksanaan hukum hudud dan dasar Islam Pas? Kenapakah Pas langsung tidak bersuara apabila Penasihat PKR,  Anwar Ibrahim terus mempertahankan pendirian bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah?


Bagaimana pula dengan sikap Nik Abdul Aziz sendiri yang dianggap begitu menentang keras sebarang usaha untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO biar pun atas nama kepentingan orang Melayu dan Islam? Tetapi dalam masa yang sama sanggup 'berpeluk' dengan pemimpin-pemimpin yang terang-terang menentang perjuangan Islam Pas.

Tidakkah Nik Abdul Aziz berasa bersalah atau tepat lagi berasa berdosa apabila membiarkan sahaja adiknya mengetuai solat hajat dan mendoakan kehancuran umat Islam lain seperti mana berlaku baru-baru ini?

Selain itu, kalau Nik Abdul Aziz mahu bercakap soal dosa dan pahala, kenapakah beliau tidak menasihatkan pemimpin Pas supaya tidak memaki-hamun sesama Islam dalam pentas-pentas ceramah?

Kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz jelas menunjukkan keangkuhan beliau yang mungkin memahami bahawa apa sahaja yang beliau katakan tidak akan dibantah oleh sesiapa. Ulama-ulama Pas tidak akan berani bersuara kerana Nik Abdul Aziz adalah mursyidul am. Dewan Pemuda Pas akan diam membisu kerana takut dilihat menderhaka biar pun apa yang dikatakan oleh Nik Abdul Aziz bertentangan dengan kehendak agama dan Dewan Muslimat pula seperti biasa tidak akan berkata apa-apa kerana sudah taksub dengan ketokohan Nik Abdul Aziz.


Keadaan inilah yang memungkinkan Nik Abdul Aziz terus dilihat bermulut celupar dan sanggup berkata apa sahaja demi memperjuangkan kepentingan politik Pas. Sepatutnya dalam keadaan berada di penghujung usia dan karier, Nik Abdul Aziz perlu berusaha mencari jalan bagaimana untuk menyatukan umat Islam yang terus bertelagah kerana politik.

Tetapi semua itu tidak berlaku kerana Nik Abdul Aziz telah mencemarkan perbezaan politik antara UMNO dan Pas dengan politik kebencian, sehinggakan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO dalam soal berkaitan Islam sentiasa sahaja dipandang serong.

Jangan lupa dalam soal berkaitan Islam, ini bukan kali pertama Mursyidul Am Pas itu memperlekehkan usaha-usaha memperkembangkan syiar Islam oleh UMNO, malahan satu ketika dulu Nik Abdul Aziz pernah menganggap Islam yang dibawa oleh UMNO adalah Islam plastik yang tidak boleh membawa umat Islam ke syurga.

Dan sudah pasti, dengan adanya pemimpin-pemimpin Pas seperti Nik Abdul Aziz, umat Islam akan terus berpecah belah kerana perbezaan politik, maklumlah apabila seorang tokoh yang disanjung oleh penyokong-penyokongnya boleh mengatakan solat seseorang itu boleh mendapat pahala atau tidak.


Biar pun rekod mengembangkan syiar Islam oleh UMNO jauh lebih baik berbanding Pas namun semua itu tidak akan dipedulikan oleh Menteri Besar Kelantan tersebut kerana beliau tidak mahu mengiktiraf jasa UMNO terhadap Islam.

Keadaan itu berlaku kerana fikiran Nik Abdul Aziz sudah 'dicemari' dengan kepentingan politik Pas semata-mata yang disulami dengan impian untuk menawan Putrajaya bersama PKR dan DAP.

Bagi Nik Abdul Aziz, pemimpin-pemimpin PKR yang semakin dilumuri pelbagai masalah termasuk moral itu lebih baik daripada UMNO dan pemimpin-pemimpin DAP yang menentang perjuangan Islam Pas secara terbuka itu lebih tinggi martabatnya daripada pemimpin UMNO.

Sebab itulah, Nik Abdul Aziz tergamak dan sewenang-wenangnya menuduh dan 'menghukum' UMNO dalam bab-bab berkaitan Islam tetapi akan sentiasa ke hadapan bagi membela pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

Tidak kiralah apa pun kenyataan yang akan terus dilakukan oleh Nik Abdul Aziz, apa yang pasti Mursyidul Am itu tidak boleh marah jika akibat kenyataan beliau yang dilihat semakin merapu, orang akan menganggap ia berpunca daripada faktor usia dan terlalu lama berada dalam tampuk kepimpinan Pas!

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

3 ulasan:

  1. Kalau Islam itu diumpamakan sebagai satu jenama produk, Nik Aziz adalah salesman yang bukan sahaja tidak akan berjaya menjual produk tersebut malah nilai dan kesuciannya juga turut hancur dan musnah.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..

    Main2lah dgn fatwa wahai Nik Aziz Nik Mat.. kau tanggunglah di akhirat nanti membuat fatwa kejahilan sehingga umat Islam keliru dan berbalah.. kau tk buat kerja mendamaikan ummah dan mengajak pd Islam tp kau sibuk untuk berbalah dgn UMNO berbalah dgn parti2 politik.. kau khianat dgn Allah wahai Nik Aziz..

    Umur kau pada adatnya sudah lanjut.. kau sepatutnya jadikan diri kau yg dh lanjut usia dan dipuja oleh penganut PAS itu untuk berdakwah cara yg Nabi sampaikan.. Mukharimul Akhlak (akhlak mulia) cara yang Allah suka.. cara yang hikmah.. bukannya taksub dan assobiyyah dgn parti PAS..

    Bila bersuara..kau bercakap terlalu RIAK.. kau UJUB dgn manusia.. kau tolak i'tiqad usaha manusia tidak beri bekas pada ketentuan Allah Ta'ala (Ahlul Sunnah Wal Jamaah)..sehingga kau letak perancangan parti kau lebih hebat.. kau letak kudrat kau dan parti kau yg beri bekas pd sesuatu sehingga parti kau sudah tidak kenal Allah lagi pada saat ini..

    Wahai Nik Aziz..tidak takutkah kau dengan kematian.. sedangkan kau telah banyak melukakan hati-hati Muslimin lain.. berterusan kau nafi dan kufur dgn nikmat Allah.. kau sesatkan beribu manusia dlm PAS, kau pisah2 jiwa-jiwa manusia dari berdamai hanya kerana TAKSUB pada parti pimpinan kau..PAS..

    Aku bimbang kau tak mampu mohon ampun pd beribu manusia yg kau rosakkan pemikiran dan silaturrhaim mereka.. Aqidah fahaman mereka.. apakah kau rasa cukup selamat di Mahsyar nanti dengan kepuasan sekarang?

    Wahai anak Nik Mat.. kau terlalu biadab dengan orang-orang yang berselsih pendapat dengan kau.. kau tidak ada adab dalam berkhilaf.. apabila suatu hujah Al-Quran dikeluarkan maka kau gagal menjawab, kau akan beremosi dengan jawapan nafsu. Kau pamerkan sifat BEBAL dan MENGELUARKAN kata2 kesat semata-mata mahu menakutkan dan menghina pihak lain.. sedangkan Allah SWT itu Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat dan Maha Pengampun.. kau mula bertindak melebihin Zat Allah Yang Maha Esa..

    Wahai Nik Aziz.. kau bertaubatlah sebelum pintu tertutup.. kau sedarlah betapa ramai manusia dlm PAS yg menjadi degil dan keras hati serta taksub pada parti yang kau ketuai.. sehingga mereka sgt membenci sesama saudara Islam hanya kerana beza faham.. kemudian disuburkan dengan fitnah.. benci mereka terlalu dalam.. kau ulang2 fitnah pada UMNO menolak Islam supaya rasa benci marah pengikut PAS dibakar-bakar setiap kali pilihanraya.. sedangkan kau sendiri yang hina HUDUD.. kau tidak benar dalam berkata-kata tentang hukum Allah.. kau berat sebelah dalam mengadili sesuatu masalah.. kau letak PAS seolah-olah seperti agama.. kau tidak pernah fikir dan muhasabah apakah kesan nya, dikampung2 bertelagah dgn penuh jahil.. sedangkan disisi Allah mungkin sebaliknya..

    Pernahkah kau menangis mengenangkan betapa ramai insan jahil dalam PAS yang tidak bersolat tapi hanya taksub bernafsu pada PAS?

    Kau sangat Munafik..pada UMNO kau hukumkan tolak Islam padahal mereka tidak pernah lakukan.. tapi kau sendiri yang hina dan tolak Islam secara harfiyyah.. kau hina Kerasulan Muhammad Al-Amin.. kerana mahu membela politik Kafir Harbi di Pulau Pinang tentang Maulid Nabi.. kau hina Ke-Esaan Allah Ta'ala sebelum kau U-Turn semula.. Kalimah Allah SWT adalah Tauhid Ketuhanan Allah.. tapi begitu mudah kau permainkan Aqidah bersama sekutu kau Abdul Hadi dan Rejim Pakatan Rakyat.. apakah ini ciri daie? atau kau adalah jelmaan SYAITON yang mahu merosakkan anak Adam?

    Semoga Allah beri petunjuk dan pelihara diriku jangan jadi seperti kau.. dan semoga kau diberi hidayah.. jika kau enggan berubah moga AZAB ALLAH YANG MAHA PEDIH BUAT KAU WAHAI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT.. AMINN YA ROBBAL A'ALAMIN..

    Wallahualam..

    BalasPadam
  3. ** posting di atas di ambil dari blog GAP oleh posting Abiddin.

    BalasPadam