Jumaat, April 19, 2013

Pas sengaja tidak bina masjid - Nik Aziz@Pok Nik?


Amat malang rakyat Kelantan mempunyai seorang Menteri Besar yang amat dangkal pemikirannya seperti Pok Nik! Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat@Pok Nik mengaku, selama ini beliau sengaja memilih untuk tidak membina masjid di Kelantan supaya dapat mengajar rakyat di negeri ini mendirikan sendiri rumah ibadat berkenaan.

Pada masa sama, Menteri Besar Kelantan itu mempersoalkan, kalau rakyat boleh mencari duit untuk membeli keperluan lain kenapa tidak perkara yang sama dilakukan dengan membina masjid tanpa bergantung pada kerajaan.

"Kita (rakyat) cari duit untuk beli beras, beli kuih, beli rumah dan kereta, tetapi masjid kita tidak buat kerana hanya bergantung pada kerajaan, ini salah.


"Alhamdulillah sekarang rakyat buat sendiri masjid. Ini satu kejayaan yang kami ( Pas Kelantan) buat di negeri ini dengan mengubah minda rakyat supaya hidup di dunia ini buat persiapan akhirat, jangan hidup di dunia berhenti setakat dunia sahaja.

"Kerajaan negeri tidak bina masjid, tapi menolong membantu sahaja. Alhamdulillah kita berjaya. Hari ini kita tengok masjid besar yang dibina berpuluh-puluh ribu, saya cuma beri dua tiga sen sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pembinaan Masjid Al-Ihsan hasil sumbangan penduduk di Perumahan Taman Wangsa Maju di sini hari ini.

Mengulas pemilihan calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri itu, Nik Abdul Aziz menjelaskan, kesemua calon yang terpilih terdiri daripada mereka yang benar-benar bertanggungjawab terhadap Nabi Muhammad SAW.


"Kerana kita ini jadi calon ganti Nabi Muhammad, Nabi Muhammad ini ganti pada Allah SWT, Allah turun kuasa pada Nabi Muhammad, Nabi meninggal, kita pula bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz memberitahu, pemilihan anaknya, Nik Abduh bertanding di Parlimen Pasir Mas bukanlah sebagai proksi beliau atau mewakilinya dalam kancah politik Pas Kelantan.

Sebaliknya, beliau mendakwa tidak pernah sepatah pun menyebut kepada anaknya untuk menjadi calon pada pilihan raya ini. Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz tetap bersyukur apabila nama Nik Abduh tersenarai sebagai calon.

Nampaknya Pok Nik pun nak jadikan Pas Parti anak-beranak seperti Anwar dan Nurul, Karpal dan anak serta Kit Siang dan Guan Eng?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan