Khamis, April 25, 2013

Isu Lahat Datu : Rakyat mahu penjelasan?


Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pimpinan parti pembangkang yang sehingga kini masih belum menjelaskan kepada rakyat negara ini terutamanya di Sabah rasional pertemuan dan perbincangan mereka dengan pemimpin berhaluan kiri Filipina sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, penjelasan itu amat perlu sekiranya mereka benar-benar ikhlas dan tidak menyembunyikan agenda tertentu.

Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah sekalipun gentar dengan sebarang ancaman anasir jahat dari luar terutamanya kumpulan pengganas Kiram, Najib berkata, kerajaan Malaysia berada pada landasan sebenar.

"Kita tahu apabila orang luar menceroboh kedaulatan kita bermakna jika berperang dan mati sekalipun mengikut hukum Islam adalah mati syahid. Adakah rakyat Sabah mahukan sebuah parti (pembangkang) yang mempunyai agenda tersembunyi.


"Pilihan Raya Umum ke-13 ini adalah penentu destiny negara khususnya Sabah, sama ada akan kekal merdeka dengan penuh maruah atau sebaliknya," katanya dalam ucapan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman; calon-calon BN bagi Parlimen Kimanis dan Dewan Undangan Negeri Membakut serta Bongawan, pimpinan parti-parti komponen BN serta penduduk setempat.

Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini mengesahkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim beberapa kali bertemu bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari sebelum berlakunya insiden pencerobohan berdarah di Sabah.


Reuters dan Philippines Daily Inquirer sebelum itu turut mendedahkan pertemuan seorang pemimpin pembangkang dengan ketua kumpulan Kiram pada November lalu selain kunjungan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, R. Sivarasa ke Filipina pada 7 Februari iaitu dua hari sebelum pengganas Kiram memasuki Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua pemimpin itu pergi ke Manila bertujuan membincangkan isu membabitkan Manuel Amalilio yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina kerana didakwa terlibat dalam kes penipuan kad pengenalan bernilai jutaan peso.

"Sivarasa dan Tian Chua ke sana untuk membincangkan mengenai kenapa dia (Amalilio) tidak dibenarkan diekstradisi ke Filipina untuk dibicarakan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR baru-baru ini.-UMO

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan