Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, April 29, 2013
Hasan Ali: Dedah surat Qardawi, langkah terdesak Anwar?
Pendedahan surat kononnya tokoh ulama Islam Prof Dr Yusuf Al-Qardawi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri dilihat sebagai langkah terdesak ketua pembangkang itu untuk membentuk persepsi masyarakat.
Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pengeluaran dan penyebaran surat yang belum dapat disahihkan keasliannya mempamerkan opsyen terakhir Anwar untuk melonjakkan sokongan kepadanya dengan menggunakan pengaruh yang ada pada Pengerusi Lembaga Amanah, Institusi Antarabangsa Al-Quds itu.
"Apa yang telah dilakukan sehingga munculnya surat yang kononnya membuat pengisytiharan terbuka mengiktiraf Anwar sebagai manusia paling layak menerajui Malaysia sangat sukar diterima.
"Mana mungkin seseorang yang berada lebih 10,000 kilometer (dari negara ini) dan tidak pernah bergelumang dalam kancah kehidupan masyarakat di Malaysia apalagi dalam arena politik yang begitu pelbagai Dapat membuat suatu rumusan bagi pihak 27 juta rakyat negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pada Jumaat lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan risalah yang didakwa mengandungi surat terbuka dari Al-Qardawi yang menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri.
Hasan, yang juga bekas pesuruhjaya Pas Selangor, bertanya bagaimana seorang pemikir di negara ini mampu mengeluarkan surat memperakui seorang pemimpin di negara luar dan apakah rakyat negara itu mampu juga menerima dan mengakui kesahihan surat berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata keputusan Majlis Syura Pas pada Februari lepas juga jelas menolak Anwar sebagai perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan pusat.
Beliau yakin rakyat di negara ini lebih mengenali Anwar berbanding pemimpin negara luar.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan