Isnin, April 08, 2013

Fatwa PRU -13 : Selepas Pok Nik kata solat orang UMNO tak dapat pahala, Haji Hadi pula kata UMNO syaitan?



Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang sekali lagi menunjukkan pemikiran dangkalnya apabila menganggap UMNO sebagai syaitan yang perlu ditentang oleh umat Islam negara ini!

Pemikiran itu lebih jelas kelihatan apabila beliau mendakwa lebih baik untuk PAS yang memperjuangkan Islam bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada bekerjasama dengan UMNO kerana menolak pelaksanaan hukum hudud.


Dakwaan beliau itu dilihat oleh ramai pihak sebagai 'sangat membingungkan' kerana UMNO sebelum ini tidak pernah membuat menentang pelaksanaan hukum hudud sebaliknya parti DAP sebelum ini secara terang dan terbuka menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia oleh mana-mana pihak.

"UMNO menolak pelaksanaan hukum hudud yang kita mahu. Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR," katanya semasa berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kompleks PAS Batu 9, Kedah disini semalam.



Abdul Hadi juga mendakwa UMNO tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dilaksanakan oleh pakatan pembangkang. Dakwa beliau, konsep itu lebih luas dan berlainan dengan yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, membina rumah orang susah dan subsidi tertentu.

Beliau berkata negara berkebajikan PAS meliputi pemberian susu percuma untuk anak baru lahir, rawatan dan subsidi.


Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini menyatakan penentangan secara terbuka terhadap usaha melaksanakan hukum hudud dinegara ini termasuk juga oleh Parti PAS!

Menurut Karpal, sebarang cubaan PAS memperkenalkan hudud mencerminkan dengan buruk niat ikhlas disebalik apa yang diputuskan di Muktamar parti itu.

Karpal juga dipetik sebagai berkata, hudud tidak termasuk didalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat iaitu Buku Jingga!

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

  1. Bro, aku dapat tau kat FB tadi, mak sedara aku penyokong PAS update kat FB, dia kata ceramah PR kat Laguna, ada orang lepas 3 das tembakan..

    Tak pasti betul ke tak..

    Tapi heboh penyokong pakatan duk main isu ni kononnya keganasan yang ditimbulkan oleh UMNO BN.

    Mungkin apa yang Zul Nordin bagitau baru-baru ni tentang rancangan jahat Anwar tu, salah satunya dah berlaku..

    Cuba siasat, kalau dapat maklumat terus update..

    BalasPadam
  2. bunyi mercun bola kot.. macam dekat stadium la.. da bley sumbat gol mesti bunyi mercun.. tue kira penyokong fanatik mereka sendiri la 2 nak sambut ceramah PR dengan gaya macm 2.. x gitu?

    BalasPadam