Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, April 16, 2013
Apabila Mustafa diserang?
Datuk Mustafa Ali atau lebih dikenali sebagai Cikgu Pa kali ini mungkin benar-benar ditimpa musibah dengan persoalan moral yang dilemparkan terhadapnya - bukan sahaja memalit lumpur hanyir mencemarkannya, malah tentu mengaibkan keluarga dan meliutkan parti. Itulah harga yang cukup tinggi harus dibayar dalam permainan politik dengan video seks yang dikaitkan dengannya berlegar di alam maya yang kelihatan sukar untuk ditepis jika tanpa kenyataan membelanya oleh para pemimpin Pas yang lain bahawa ia suatu fitnah.
Ketika mempertahankan beliau, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya akan mendapatkan petunjuk melalui solat hajat menganggap apa yang dikaitkan dengan pemimpin parti yang memperjuangkan Islam itu merupakan persoalan remeh.
Malah Abdul Hadi hairan mengapa Mustafa dijadikan mangsa dengan penegasan bahawa pilihan raya umum kali ini, Mustafa yang sentiasa dipertaruhkan untuk menguasai mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lagi akan diturunkan di mana-mana kawasan.
Namun Mustafa yang sering menyulam kata dengan tawa kecil mesranya, seakan-akan tidak nampak begitu terkesan dengan bahana VCD dan ketika berucap dalam majlis ceramah di Paka semalam yang antara lain menafikan beliau akan meletakkan jawatan. Ditanya sekali lagi hari ini apakah beliau akan melepaskan jawatan dengan dengan desas-desus makin bertiup kencang beliau menjawab saya masih Setiausaha Agung.
Mustafa yang berkelulusan dalam bidang pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 1968 dan merupakan seorang tokoh politik paling berpengalaman dalam Pas. Mustafa bukan bidang terjun dalam Pas, beliau pernah menyandang Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, seterusnya sebagai Bendahari Agung, Naib Presiden, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat dan terakhir menggantikan Datuk Kamaruddin Jaffar sebagai Setiausaha Agung. Mustafa dilihatkan sebagai orang yang paling rapat dengan Abdul Hadi yang banyak mempengaruhi setiap keputusan atau pendirian politik pemimpin utama Pas itu dan tentunya ada banyak sebab jika beliau dijadikan sasaran.
Tentunya tidak ada untungya bagi UMNO berusaha mereka video ini dan memaparkan pada musim ini dengan mencari double stunt atau double body apabila setiap video yang dikaitkan dengan pemimpin pakatan itu sudah dicap sekadar besi walaupun nyata terang dan bersuluh.
Video yang menggambarkan seolah-olah pembikin filem di Malaysia sudah begitu jauh penguasaan ilmunya berbanding Hollywood sehingga paparan pelakon hampir menyamai 100 peratus dari segi fizikal, gaya dan sebutannya.
Musuh politik yang mudah ditunding tentunya UMNO tetapi beliau tentunya juga sedar kalangan dalaman Pas dan pakatan pembangkang juga kemungkinan mendengar isu ini sambil tersenyum mengharapkan kerjaya politiknya berakhir. Di sebalik sepakat untuk menumbangkan kerajaan BN, pertelagahan di kalangan mereka akan sukar dibendung dengan dasar yang berbeza kerana mereka tidak boleh selama-lamanya melunakkan rasa dengan kata-kata bersetuju untuk berbeza.
Mustafa tentunya lebih arif dalam mencorakkan kedudukan Pas agar tidak dilemaskan oleh percaturan politik lebih licik di kalangan parti rakan sekutu dan kemungkinan singa parti itu perlu dilemahkan dengan dicabut kukunya. Namun apa yang lebih terkesan ekoran VCD ini, ia tidak harus berterusan dipandang remeh apabila melibatkan pemimpin yang dikatakan akan memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negaranya. Carilah kebenaran dan semoga solat hajat bersendirian Abdul Hadi termasuk persoalan yang melingkari pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali memberi petunjuk.
Mereka bukan kalangan orang biasa dan usah peduli sangat siapa yang menyebarkan. Ada yang bertanya Abdul Hadi, jika VCD sebegitu mengaitkan pemimpin UMNO dan BN disebarkan, apakah mangsa akan turut mendapat pahala serupa Mustafa dan perbuatan penyebar keaiban itu dibolehkan? -UMO
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan