Jumaat, Mac 22, 2013

Yuktes Vijay : Kisah Sebenar Kes Sodomi II Anwar?



Yuktes Vijay – Saya membaca dengan marah apabila membaca berita kemasukan bapa Saiful ke dalam PKR. Saya sudah tahu dari awal lagi bahawa parti tersebut tidak mempunyai integriti tetapi berita terkini ini jelas menjatuhkan lagi kredibiliti parti itu. Saya pernah bekerja dengan barisan peguam Anwar sepanjang kes Sodomi 2 dan terlibat dari A-Z dalam perbicaraan tersebut.

Apabila saya kata dari A-Z bermaksud dari mesyuarat dengan pakar forensik dan DNA seterusnya mengkaji dokumen-dokumen kes undang-undang untuk hujahan. Saya terlibat dalam keseluruhan proses. Saya tidak berhasrat untuk menamakan peguam tersebut kerana saya sangat memujanya sebagai mentor saya dan tidak mahu beliau diheret ke dalam kancah kekecewaan dan kemarahan saya ini.

Kenapa Anwar tidak memberi keterangan ?

Anwar sentiasa mendakwa bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil. Kebenaran sebenar adalah beliau tidak pernah mempunyai keberanian untuk memberi keterangan dari kandang saksi. Beliau tidak akan mampu menahan segala soalan yang akan dilontarkan oleh Datuk Yusoff (pendakwaraya) yang kini berpaling menjadi sekutu beliau. Sekiranya penyokong-penyokong Pakatan merasa sangsi, kenapa tidak cuba bertanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan sebenar, boleh diterima pakai dan tidak dipersoalkan logik jawapannya.

* Kenapa Anwar secara peribadi dan spesifik meminta Ketua Kakitangan beliau, Ibrahim Yaakob supaya menghantar Saiful ke pagsapuri tersebut bersama dokumen-dokumen padahal ada kakitangan lain yang boleh ke sana;

* Bagaimana Saiful mengetahui kod untuk memasuki pangsapuri tersebut iaitu “Mokhtar,” nama ketua pegawai keselamatan dan juga adik ipar kepada Anwar?;

* Keterangan video yang dihantar ke makmal-makmal Gandhi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di dalam pangsapuri tersebut, jadi kenapa kehadiran Saiful di pangsapuri itu dipertikaikan;

* Kenapa Saiful diberikan keistimewaan; diberikan bilik khas, keistimewaan untuk mengiringi Anwar ke luar negara sedangkan beliau adalah seorang kakitangan baru;

* Pembantu Anwar terbaru, Najwan Halimi sebelum ini pernah menghantar emel kepada Anwar dan memberitahu kecenderungan Saiful terhadap BN. Kenapa perkara ini tidak diendahkan oleh Anwar?

Pasukan pembelaan Anwar sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala serangan oleh pihak pendakwaan, maka, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak memberi keterangan dari kandang saksi dengan memberi alasan bahawa beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil. Anwar berjaya memperdaya, menipu dan membohongi rakyat dengan lagaknya seperti Mandela. Beliau bukannya Mandela, malahan hanya seorang penipu yang bijak.

Dana untuk pakar-pakar luar negara

Faktor yang sangat mengejutkan di sini adalah tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan yuran untuk membayar pakar forensik, Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka telah dibayar upah yang sangat tinggi untuk membela Anwar. Sewaktu mereka berada di sini, mereka menginap di Hotel Shang-ri La selama beberapa hari.

Dari manakah sumber kewangan untuk membayar penginapan tersebut ? Adakah Anwar yang membayar dengan duit poket beliau sendiri? Tidak, malahan beliau juga tidak membayar yuran guaman peguam-peguam beliau.

Sebenarnya, ada Datuk-Datuk yang kaya yang membiayai Anwar Ibrahim. Saya tahu nama Datuk tersebut, tetapi atas sebab peribadi saya tidak akan menyatakan namanya.

Masalahnya sekarang jika PKR boleh mempertikaikan pembelanjaan perkahwinan anak Perdana Menteri, kenapa tidak dipersoalkan dana untuk membayar pakar-pakar luar negara tersebut ? Sekiranya seorang bekas banduan dan ketua pembangkang ada Datuk-Datuk untuk membiayai kos guamannya, apa salahnya jika ada Datuk-datuk yang membiayai perkahwinan anak PM ?

Saiful

Saya tidak tahu banyak perkara tentang Saiful. Apa yang saya boleh katakan di sini, dia tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya hanya kerana pegawai penyiasat, Jude Perreira mengabaikan protokol Jabatan Kimia dan menjalankan tugas mengikut cara beliau sendiri.

Kesan DNA Anwar ada dalam rektum dia (Saiful). Apa yang menghalang hakim untuk mensabitkan Anwar adalah kerana wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan “break in the chain of evidence.” Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang lengkap.

Secara ringkasnya, wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani Anwar dalam rektum Saiful. Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga kesangsian atas integriti sampel, keterangan tersebut tidak digunakan.

Oleh itu, hakim tidak ada jalan untuk mengesahkan keterangan Saiful.

Kesimpulan

Anwar adalah seorang penipu tegar. Beliau mempergunakan bapa Saiful untuk meraih undi. Kita semua sedia maklum, setelah beliau dibebaskan, beliau sudah hilang sedikit ‘tarikan’ kerana beliau sudah tidak ada apa untuk disuarakan lagi. Saya benar-benar berharap agar beliau menyaman saya supaya saya dapat membuktikan apa yang telah saya sebutkan di sini.

Ingat Anwar Ibrahim, saya membesar dengan memujamu. Saya tahu modus operandi kamu dan saya juga pernah bercita-cita untuk menjadi seperti kamu. Biar semua orang melihat Anwar Vs Anwar Klon (saya) beraksi. Ingat lagi semua emel-emel, Astroboy? Saya ada semua. Saya cabar kamu!

Penulis, bekas Anwarista terlibat dalam kes Sodomi 2 Anwar sebagai salah seorang peguambela

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan