Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Januari 19, 2013
Kaum bukan Cina berdepan risiko terpinggir?
Rakyat bukan berketurunan Cina di negara ini berdepan risiko dipinggirkan sekiranya pakatan pembangkang yang didominasi DAP diberi peluang memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP Disember lalu menunjukkan parti itu tidak memberi pertimbangan kepada kaum-kaum lain.
Sebaliknya, menurut beliau, hampir semua anggota CEC DAP terdiri daripada kaum Cina.
"DAP dikatakan parti berbilang kaum, ambil kira kepentingan Melayu, Cina dan India. Mereka kata akan bertimbang rasa dan tidak terlalu bersifat perkauman.
"Namun hakikatnya, apabila mereka berkuasa maka kemungkinan ini berlaku akan terjadi," katanya ketika menjawab soalan seorang peserta pada program Bicara Minda: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini hari ini.
Yang turut hadir bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan penulis politik, Tan Sri Abdullah Ahmad sebagai moderator program berkenaan.
Berhubung masa depan orang Melayu sekiranya Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Dr. Mahathir memberitahu, nasib mereka tidak akan menjadi lebih baik berbanding sekarang.
Jelas beliau, dalam senario itu, walaupun segelintir ahli Parlimen pembangkang berketurunan Melayu, mereka dikhuatiri tidak akan memberi pertimbangan kepada keperluan dan kepentingan kaum sendiri.
"Kita dapat lihat di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Menteri Besar pada masa itu, Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas terpaksa ikut telunjuk orang lain.
"Dia tahu nasibnya bergantung kepada undi. Kalau orang tak sokong dia takut, kerana itu dia ikut apa sahaja yang ditunjuk kepadanya," ujarnya.
Kata Dr. Mahathir, situasi sama akan berlaku sekiranya orang Melayu masih lagi tidak sedar dan terlalu mengikut perasaan.
Dalam sidang akhbar selepas program itu, ketika ditanya tentang siasatan Suruhanjaya Diraja pendatang asing tanpa izin di Sabah berkaitan pemberian status kerakyatan kepada warga asing yang didakwa berlaku di bawah pentadbirannya dahulu, Dr. Mahathir menjelaskan, mereka berhak menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang.
Katanya, sebagai Perdana Menteri pada masa itu, beliau bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan