Jumaat, Januari 11, 2013

Anwar Al-Juburi ( kata Mat Sabu) ketagih diurut rupanya?





Berjuta Rakyat Thailand Saksi Anwar Ibrahim Diurut 'Live' Dalam TV!

Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang lalu , Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.

Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!

Memang Anwar tidak berbogel, tetapi mengizinkan dirinya di videokan dalam keadaan baring sambil tersenyum kerana 'syok' diurut memang ternyata memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Apatah aksi tersebut boleh disaksikan berjuta rakyat negara Gajah Putih berkenaan! Lebih memalukan, Anwar siap boleh tersengih-sengih depan kamera sambil memuji-muji jejaka si tukang urut tersebut kerana berjaya melakukan 'tugasnya' dengan begitu cemerlang, pergh!!!!

Dek kerana terlalu seronok diurut, Anwar terlupa yang dia sebenarnya telah 'mengotori' dirinya yang selama ini dianggap pemimpin Islam, pemimpin reformasi dan pemimpin masa depan rakyat Malaysia.

Ternyata banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin. Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab.

Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks. Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka.

Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat. Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti.

Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual. Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya Kak Wan yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seolah-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

Penulis percaya tak lama lagi akan tersebarlah rakaman video ini, namun seperti biasa, Anwar yang cukup hebat dalam bab 'menepis dan menangkis' akan menggunakan segala kudrat dan keupayaannya untuk mengjustifikasi adegan urut tersebut.

Tak mengapalah, dia mungkin SELAMA ini boleh menipu rakyat tetapi percayalah rakyat tidak akan SELAMANYA ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini.

Penulis berharap sangat janganlah Anwar menjadi Perdana Menteri kita suatu hari nanti. Takut tak pasal-pasal industri rumah urut akan terhalal dengan sendirinya di bumi bertuah ini, takutnyeeeeeeee -

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan