Isnin, Disember 03, 2012

Mahukah Anwar mohon maaf?



Sekali lagi Najib Tun Razak memperlihatkan sikap budimannya apabila memohon maaf kepada rakyat atas sebarang kekhilafan BN dan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO.

Ini bukan kali pertama beliau berbuat demikian. Najib pernah membuat kejutan memohon maaf di hadapan para hadirin ketika berucap pada majlis di Kuala Ketil, Kedah pada awal tahun ini.

Jarang seorang Perdana Menteri dan pemimpin sebuah parti politik memohon maaf atas perihal lampau. Seperti dijangka, beberapa pemimpin pembangkang mempersoal dan memperlekehkan tindakan Perdana Menteri.

Kita boleh faham. Mereka sebenarnya bimbang sikap merendah diri Najib akan memenangi hati rakyat, yang bermakna merugikan pembangkang. Persoalannya jika Perdana Menteri boleh memohon maaf mengapa pemimpin pembangkang enggan berbuat demikian.


Rakyat menunggu sejak sekian lama ketua pembangkang, Anwar Ibrahim memohon maaf atas isu moral dan integriti .

Dalam banyak hal, Anwar mengheret rakyat dalam isu moral beliau dengan strategi untuk menyelamatkan diri. Itu belum menyentuh banyak demonstrasi ganas oleh PKR yang menggugat keharmonian sejak beliau dipecat daripada kerajaan.

Begitu juga dengan banyak kenyataan Anwar yang memudaratkan kepentingan agama, bangsa selain memburuk-burukkan negara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin.

Ada lagi besar. Anwar tidak putus-putus berusaha mendapatkan campur tangan asing, yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai pengkhianatan.


Malah kita juga tertanya-tanya bila Presiden Pas, Hadi Awang mahu memohon maaf atas banyak kesilapannya termasuk amanat Haji Hadi yang membawa perpecahan kepada umat Islam.

Apatah lagi Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang lebih ghairah mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Siapa yang sebenarnya lebih dituntut memohon maaf? Mungkin mereka malu mengakui kekhilafan kerana tidak cukup keyakinan diri. Bukan semua orang berjiwa besar seperti Najib.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan