Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Disember 20, 2012
Benarkah Brother Anwar pilih tinggal dalam buangan di Amerika!
Benarkah apa yang saya dengar ni? Yang memberitahu saya pun bukan calang-calang orang. Siap dengan pelan rancangan dan sebagainya. Ia mengenai kisah, siapa lagi, jika bukan Brother Anwar bin Ibrahim kita.
Menurut rancangan itu dia akan meninggalkan negara ini dan hidup dalam buangan di sebuah negara. Orang putih kata hidup dalam exile. Segala persiapan, menurut al-kisah itu sudah siap sedia. Tapi exile yang dimaksudkan bukan dia dibuang negeri oleh sang penguasa, tapi memilih untuk tinggalkan negara secara sukarela.
Negara yang akan didiaminya tidak lain dan tidak bukan ialah negara Uncle Sam iaitu Amerika Syarikat. Bandar raya yang dipilih ialah New York. Beliau dikatakan sudah pun memiliki rumah di situ.
Benarkah Brother Anwar? Mengapa sudah tidak tahan lagikah tinggal di Malaysia? Menurut maklumat itu, segala berita mengenai sokongan yang diperolehnya daripada kumpulan Yahudi antarabangsa, dan kritikan yang dihadapinya di Malaysia, telah menaruh simpati yang amat sangat di kalangan pelobi-pelobi Yahudi di Amerika Syarikat.
Kononnya, lagi banyak Anwar kena hentam di Malaysia di atas pembabitannya dengan kumpulan Yahudi itu, lagi banyak simpati yang akan diperolehnya daripada puak-puak pelobi Yahudi di negara itu.
Anwar, mungkin merasakan lebih senang tinggal di luar negara, dan melancarkan ‘serangan politik’ ke atas Malaysia dari sana. Banyak juga pemimpin antarabangsa (seperti dan setaraf Anwar) yang akhirnya tinggal dalam buangan di luar negara, serta melancarkan serangan balas ke atas negara mereka sendiri dari negara buangan itu.
Ada yang berjaya pulang semula ke negara asal sebagai Presiden atau PM, ada yang mati dibunuh separuh jalan dan ada yang terus tinggal sampai habis hayat di negara buangan itu.
Cerita mengenai Anwar ini bukan mustahil boleh berlaku. Persoalannya bila? Mungkin juga sebelum pilihan raya umum ini atau selepas itu, kita tidak tahulah. Tapi menurut kisah itu, perancangan telah diatur rapi.
Benarkah juga Anwar kini dikatakan tidak lagi mendapat sambutan di kawasan pilihan rayanya sendiri di Permatang Pauh? Benarkah ada satu insiden baru-baru ini Anwar dikatakan naik berang dengan menumbuk meja di depan jentera kempennya kerana sambutan yang diterima dalam satu ceramah di situ sungguh mengecewakan sekali?
Benarkah Anwar tidak lagi selesa untuk bertanding di Permatang Pauh dan mencari satu atau dua kawasan yang lebih selamat dalam PRU-13 ini? Antara kawasan-kawasan yang disebut-sebut ialah Batu Kawan atau Nibong Tebal?
Benarkah puterinya, Nurul Izzah juga akan meninggalkan Lembah Pantai? Para penasihat PKR dikatakan menasihati Nurul supaya meninggalkan kawasan itu. Penasihat Nurul sendiri telah melabelkan Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik dengan jolokan Menteri Lembah Pantai, dan oleh itu lebih baik Nurul angkat kaki sahaja.
Nurul dikatakan akan balik bertanding di Permatang Pauh, mengambil alih tempat bapanya?
Benarkah juga ada cadangan supaya sekiranya Anwar bertanding sekali pun, calon yang paling layak dan sesuai untuk melawannya ialah Ketua Pemuda UMNO yang cukup versatil iaitu Khairy Jamaluddin (KJ)? Bagi saya itu juga satu cadangan yang baik kerana ia akan memperlihatkan pertandingan buku bertemu ruas.
Berbalik kepada rancangan besar Anwar untuk hidup dalam buangan, menurut al-kisah itu, Anwar akan ditemani oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail. Anak lelaki mereka, dalam pada itu, kini sudah pun tinggal di Washington D.C menemani isterinya yang bekerja di sebuah bank Amerika di situ.
Jika begitulah al-kisahnya, maka lebih baik Anwar berada di sana sahaja. Sebelum ini semasa kes Saiful Bukhari sedang berlangsung, kedengaran juga Anwar akan meninggalkan Malaysia dan tinggal di negara luar. Tapi kisah itu hanya tinggal kisah kosong sehingga kini.
Kali ini mungkin betul kot? Berdasarkan cerita itu nampaknya memang ada pergerakan ke arah itu. Maka kononnya juga Anwar dikatakan mempunyai sejumlah wang yang mencukupi untuk tinggal di Amerika Syarikat, selama mana yang beliau mahu.
Benarkah juga akan berlaku sesuatu yang besar di Malaysia sebelum Anwar berangkat?
Jika semua ini tidak benar, anggaplah sahaja ia satu lagi gosip politik yang perlu kita renungkan. Lagi pun, Malaysia kan sebuah negara yang asyik bercakap politik 24/7 – 24 jam 7 hari seminggu!
Oleh : Zaini Hassan UMO
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan