Isnin, Oktober 15, 2012

Memang Benarlah Undi pembangkang = Undi Soros?



Setakat ini, Malaysiakini masih enggan memohon maaf kepada rakyat negara ini atas penglibatan beberapa pihak asing membiayai portal propembangkang itu.

Walaupun sudah ada bukti jelas operasinya dibiayai oleh organisasi luar termasuk penyangak mata wang Yahudi, George Soros, Malaysiakini bagaikan seronok seolah-olah apa yang berlaku itu sesuatu yang mulia.

Sampai hari ini juga portal tersebut seperti mahu menghina diri dengan terus menjual slogan kononnya ia mengamalkan kebebasan media sedangkan realitinya - tidak sama sekali. Malaysiakini dan Suaram baru-baru ini telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa menerima dana asing yang konsisten.

Maka persoalan mengapa kedua-duanya menyokong pembangkang dan memburuk-burukkan kerajaan secara keterlaluan, sudah diketahui motifnya. Ia dilihat sebahagian daripada gerakan untuk menumbangkan kerajaan termasuk menerusi perhimpunan haram ganas yang dipromosi secara luar biasa oleh Malaysiakini.

Dalam pada itu, kita hanya senyum apabila Malaysiakini mengalihkan isu kepada pertemuan antara Soros dan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.


Kenapalah portal itu kabur sangat. Pertemuan Soros dengan kedua-dua tokoh negara itu adalah isu lain dan tiada kaitan sama sekali dengan soal menerima dana asing sebagaimana perbuatan Malaysiakini.

Kita berharap agar Malaysiakini faham bahawa isunya bukan setakat dana asing dan kemungkinan wang kotor tetapi lebih daripada itu, ia soal kedaulatan negara. Dunia tahu bahawa Soros melalui yayasannya dan beberapa pertubuhan lain, membiayai banyak organisasi media di seluruh dunia. Sebagai balasan, media berkenaan mesti mengikut percaturan dan agenda mereka.

Lalu apa yang ditegaskan oleh Mahathir adalah berasas iaitu undi pembangkang bermakna undi kepada usaha Soros untuk menjajah Malaysia. Begitu jugalah setiap kali menyebut nama Malaysiakini, tergambarlah terus wajah Soros.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan