Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Oktober 13, 2012
Hasan Ali Dan Nasharuddin Akui PAS Sudah Jauh Tersasar?
Sungguh menghairankan apabila akhbar Haramkah langsung tidak memberi perhatian terhadap krisis besar yang melanda parti tersebut akibat ditempelak oleh pemimpin kanan mereka sendiri, iaitu Dato’ Dr. Hasan Ali secara bertubi-tubi termasuk melalui wawancara dalam akhbar yang ‘haram’ dibaca oleh penyokong PAS iaitu Utusan Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, Hasan Ali keluar pula di dalam TV3 iaitu rangkaian yang ‘haram’ ditonton oleh orang-orang PAS bagi menjelaskan lagi pendirian beliau yang bertentangan dengan kepimpinan pusat.
Kesungguhan Hasan Ali untuk mengembalikan PAS ke perjuangan asal iaitu Negara Islam, nampaknya ditutup dan dipateri rapat oleh akhbar rasmi PAS iaitu Harakah. Langsung tiada liputan mengenai isu tersebut dalam Harakah 23-25 Disember.
Pastinya, tindakan ini adalah bagi memastikan penyokong-penyokong tegar PAS tidak mendapat maklumat sebenar mengenai masalah dalaman parti tersebut yang semakin meruncing.
Menurut Hasan Ali, beliau bukannya bersendirian dalam hal ini dan buktinya ialah apabila Nasharuddin Mat Isa juga tampil memberi sokongan terbuka kepadanya dan membuat kenyataan menyelar kepimpinan parti yang cepat menghukum mereka yang tidak senada sebagai diperangkap UMNO.
Seperti Hasan Ali, Nasharuddin juga menolak kemungkinan beliau akan menyertai UMNO. Jelas, kedua-dua mereka masih ingin berjuang memperbetulkan PAS dari dalam. Benar, semua parti politik akan menghadapi masalah dalaman. Namun,, masalah dalaman PAS adalah terlalu berat kerana ia melibatkan hala tuju, prinsip dan agama sedangkan UMNO hanya berhadapan dengan masalah sikap sesetengah individu.
Apa yang dapat disimpulkan ialah Hasan Ali dan Nasharuddin sudah mula merasa cuak dengan rentak politik PAS yang selesa menjadi pak turut kepada PKR dan hamba kepada DAP.
Ini, sekali gus, mengesahkan yang PAS sememangnya sudah jauh terkeluar dari landasan yang benar.
Jika PAS di landasan yang benar sepertimana kepimpinan pusat dan media rasmi mereka cuba gambarkan, kenapa ada perasaan cuak sehingga membawa kepada kenyataan terbuka dari Hasan Ali dan Nasharuddin untuk mengembalikan PAS ke landasan atau perjuangan asal?
Apapun, kita musykil yang kedua-dua mereka akan berjaya mengembalikan PAS ke pangkal jalan dengan berjuang dari dalam.
Bayangkan, sekiranya ditakdirkan Pakatan Rakyat memenangi PRU kali ini, bagaimana mereka akan dapat memastikan Raja-raja Melayu, bangsa Melayu dan agama Islam tidak terus dipijak-pijak oleh DAP?
Sedangkan, sekarang pun, mereka lantang mengkritik dari dalam dan terbuka tetapi DAP serta kepimpinan PAS hanya buat-buat pekak sahaja atas segala kritikan mereka.
Justeru, apakah jaminan yang keadaan setelah PR menang akan berbeza dengan sekarang dan tidak menjadi lebih buruk apabila kuasa mutlak berada di tangan DAP?
Oleh itu, penulis sarankan agar Hasan Ali dan Nasharuddin fikirkan masak-masak mengenai perkara ini tanpa dipengaruhi sentimen politik.
Fikirkan sama ada untuk berjuang dari dalam gerabak di atas landasan yang menuju ke arah destinasi yang jauh terpesong atau, keluar dari gerabak dan mengajak penumpang-penumpang lain untuk bersama-sama berjalan di atas landasan yang benar.
Sebaiknya, mereka keluar dari gerabak sementara perjalanan belum begitu jauh kerana dengan cara ini mereka tidak akan membantu memberi kekuatan kepada pihak yang akan menindas Melayu dan Islam, yang mereka berikrar akan mempertahankan.
Adalah tidak perlu sama sekali untuk mereka menggagahkan diri duduk di dalam gerabak yang bergerak menuju ke destinasi yang jelas salah dan tidak dipersetujui mereka.
Sekurang-kurangnya mereka juga tidak akan dipersoal kerana bersama-sama di dalam gerabak yang membawa kafir harbi yang memusuhi Islam dan kepimpinan Raja-raja Melayu Islam.
Wallahuallam..
Suara Politik
Taminsari
Masalah politk orang Melayu adalah kersna sikap ego dan tidak faham apa yang dikatakan pendirian. Biar saya jelaskan disini. Pertama berkaitan ego. Kalau lah si fulan A menyokong UMNO dan kemudian satu hari nanti dia melihat kemungkaran dalam UMNO. Besar kemungkinan dia tak akan mengkritik parti pilihan nya kerana sudah pasti dia terlihat bodoh mengkritik sesuatu yang dah disokong sejak dulu lagi. Perkara yang berlaku pada penyokong parti bukan UMNO. Pemimpin politik Melayu sedar hakikat ini dan mereka menyalahgunakan kuasa mereka kerana akan ada sentiasa yang menyokong mereka. Berkenaan pendirian pula orang Melayu berpendapat kalau ada mana mana Melayu tak menyokong UMNO, atau PKR atau PAS maka orang ini jenis atas pagar tak berpendirian. Tapi bagaimana kalau golongan yg dilabel atas pagar ini melihat bahawa ketiga tiga parti ini jauh menyimpang dari landasan al quran dan sunnah. Adakah mereka keji di mata tuhan. Adakah kerana satu parti mendakwa mereka memperjuangkan Islam maka orang Melayu harus bertaklid kepada pemimpin tanpa kembali meneliti nas al quran dan hadis. Rata rata akan memilih bertaklid tanpa sedar kerana sistem pemikiran Melayu tinggalan British telah menjadikan orang Melayu meletakan beban mengkaji al Quran dan nas ke bahu golongan yang dianggap ulama. Kalau ada yang rajin nak belajar pun mereka akan ke kuliah yang guru nya sefahaman parti politknya. Sedarlah orang Melayu Allah memberi kita akal dan fikiran dan tenaga untuk belajar. Tak ada nas yang mengatakan kalau kita mengambil buku agama dan membaca maka guru kita itu Syaitan. Guru kita pasti kita Syaitan kalau buku yang kita baca itu kita tafsirkan mengikut nafsu kita semata. Belajarlah al quran kerana al quran dijadikan Allah mudah, kalau ada yang membisik susah sang pembisik itu pasti Syaitan
BalasPadam