Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Oktober 06, 2012
Bila Anwar dah jadi SEWEL..!!! Katanya pinjaman pendidikan mesti dibayar balik?
Agak mengejutkan apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar perjuangan pakatan pembangkang apabila menegaskan, pinjaman yang digunakan untuk membiayai kos pendidikan mesti ditunaikan.
Anwar menjelaskan, perkara itu tidak boleh dipertikaikan kerana kewajipan membayar hutang telah ditegaskan di dalam al-Quran.
"Saya ingin tegaskan dalam masalah pendidikan, hutang memang harus dibayar dan apabila ada perjanjian harus ditunaikan," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Sebelum itu, Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) ketika mencelah sesi perbahasan tersebut meminta Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kewajipan membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu.
Kenyataan Anwar itu mengelirukan kerana selama ini, pembangkang sering berjanji kepada rakyat khususnya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan memansuhkan PTPTN sekiranya berjaya menjadi kerajaan.
Idea pemansuhan PTPTN yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim telah menjadi topik hangat yang diperbincangkan, sehingga membawa kepada debat di antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramly.
Umum mengetahui bahawasanya PAS dan DAP telah menarik brek berkenaan isu ini, kerana dilihat memberi “political damage” kepada mereka. Anwar Ibrahim, sebelum ini telah diasak kiri dan kanan oleh sekutunya dalam satu mesyuarat Pakatan gara-gara tindakannya cuba menjadi jaguh di dalam isu ini.
Kita sedia maklum, bahawa PTPTN banyak membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana demi cita-cita melihat anak mereka berupaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Pemansuhan PTPTN hanya akan menghadkan akses kepada pengajian tinggi terutamanya di kalangan pelajar miskin.
Bukan hanya menampung kos yuran pembelajaran, PTPTN juga sebenarnya membiayai kos sara hidup pelajar. Isu yang mula didendangkan pada bulan Februari 2012 ini rupanya telah memberi kesan yang cukup besar kepada masyarakat.
Desakan pemansuhan PTPTN oleh Anwar Ibrahim dan disambut pula oleh segelintir golongan mahasiswa CGPA 2.5 dan ke bawah amatlah mendukacitakan. Kita faham kalau golongan tersebut enggan membayar balik pinjaman gara-gara keputusan peperiksaan mereka tidak melayakkan untuk PTPTN ditukar menjadi biasiswa penuh.
Namun, apa yang sangat membimbangkan ialah idea ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap kutipan bayaran balik PTPTN yang semakin merosot dengan mendadak, dipercayai gara-gara idea pemansuhan ini.
Implikasi daripada gesaan kepada peminjam agar tidak membayar hutang PTPTN telah menyebabkan prestasi bayaran balik pinjaman PTPTN telah menurun. Pada bulan Februari 2012, jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN adalah sebanyak RM94,984,485 menurun kepada RM68,690,976 pada bulan Mac 2012. Angka tersebut semakin merundum pada bulan April 2012, iaitu sebanyak RM57,119,423.
Penurun mendadak ini, diyakini adalah kerana gerakan pemansuhan PTPTN yang dilancarkan, sehingga kemuncaknya iaitu “#Occupy Dataran” sebelum bergabung dalam demo ganas jalanan BERSIH 3.0.
Senario ini, seandainya berterusan, akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar lain di masa hadapan. Anwar Ibrahim dan “mahasiswa sewel” harus bertanggungjawab dalam penurunan kutipan pinjaman PTPTN ini.
Kesimpulannya, perubahan yang mendadak dari tingkah laku dan kenyataan Anwar membuatkan rakyat tertanya-tanya apakah Anwar sudah 'bertaubat' ataupun sudah menjadi tidak siuman mahupun SEWEL..!!!
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Sebenarnya agenda tersirat pemansuhan institusi PTPTN adalah untuk mengurangkan jumlah kakitangan PTPTN yang majoritinya kakitangan Melayu. Idea ini selari dengan sikap chauvinist dan rasis DAP.
BalasPadamPemansuhan hutang PTPTN pula secara tersirat agar anak-anak orang miskin yang majoriti Melayu tak dapat wang sara hidup dan kos yuran pengajian. Jadi mereka perlu meminjam dari institusi kewangan milik bukan Melayu dengan kadar faedah tinggi atau lupakan sahaja niat nak belajar. kedua-dua ini memang niat tersirat yang kita tak tahu...jahat sungguh DAP ini.