Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, September 28, 2012
Wajarkah keceluparan diselesaikan melalui mohon maaf?
Kita sememangnya digalakkan untuk memaafkan orang yang melakukan kesalahan, tetapi tidak semua kesalahan boleh dimaafkan begitu sahaja.
Begitulah juga apabila Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dengan mudah memohon maaf selepas membuat kenyataan di dalam twitternya yang dilihat meremehkan tindakan umat Islam mengadakan protes bantahan filem Innoncence of Muslims.
Mungkin bagi sesetengah pihak beliau sudah membuat salah dan kemudiannya memohon maaf, maka isu itu seharusnya berakhir begitu sahaja, tetapi persoalannya wajarkah?
Cuba kita kaji apa yang dikatakan oleh Koo Ham: ''Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini.''
Sepatutnya sebagai ahli politik, sebelum Koo Ham menulis ayat sedemikian, beliau seharusnya memikirkan kesannya, apatah lagi twitternya berkaitan dengan satu isu yang kini sedang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
Koo Ham bukan tidak tahu bagaimana umat Islam bangkit dengan penuh kemarahan melakukan demonstrasi bagi mengecam penerbitan filem itu. Dan sudah tentulah Koo Ham juga faham bahawa umat Islam marah kerana junjungan besar mereka, Nabi Muhammad SAW telah dihina.
Oleh itu, tidakkah Koo Ham berfikir dulu sebelum mengulas perkara berkaitan dengan isu itu biar pun beliau berhasrat menyentuh mengenai kenyataan seruan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin?
Sebab itulah, penulis bersetuju dengan pandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kenyataan Koo Ham tidak boleh dimaafkan kerana pemimpin DAP itu tidak sensitif dengan perasaan umat Islam.
Hakikatnya, ini bukanlah kali pertama kita mendengar perkataan maaf begitu mudah dilafazkan oleh individu-individu yang sebelum ini melakukan kesalahan atau perbuatan yang menyinggung perasaan rakyat dan pemimpin negara ini.
Sebelum ini, dalam isu memijak gambar pemimpin negara seperti mana berlaku pada malam 30 Ogos lalu, kita menyaksikan bagaimana individu yang terlibat muncul memohon maaf.
Mereka menyatakan kekesalan atas keterlanjuran yang dilakukan, begitu juga Koo Ham, beliau juga memohon maaf akibat keceluparannya tetapi seperti biasa menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya di laman sosial tersebut.
Permohonan maaf secara berlapik ini pernah dilakukan oleh beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini, apabila kenyataan mereka melalui twitter menjadi isu.
Tetapi tidak apalah mereka mahu 'bersilat politik' selepas terlanjur kata, namun apa yang mahu kita saksikan adalah ketegasan pihak berkuasa dalam mengambil tindakan terhadap kenyataan atau perbuatan yang mencetuskan kontroversi.
Laporan polis yang dibuat terhadap kes-kes berkenaan tidak harus dibiarkan terperap sahaja di balai-balai polis atau sekadar menjadi catatan statistik jumlah laporan polis, rakyat mahu melihat tindakan.
Permohonan maaf bukan penyelesai masalah malahan ia mungkin akan menjadi satu galakan kepada pihak lain untuk melakukan kesalahan dan kemudiannya meminta maaf.
Kita memang perlu bersikap pemaaf tetapi biarlah ia bertempat, kalau sesuatu perbuatan itu menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan serta dilihat keterlaluan, takkanlah kita mahu memaafkan begitu sahaja.
Kecualilah bagi kelompok yang sehaluan politik dengan mereka, oleh kerana dibelenggu dengan impian politik bersama, maka kenyataan yang dibuat oleh kawan politik mereka biar pun sudah menyinggung perasaan umat Islam seolah-olah dianggap biasa.
Malahan paling melucukan apabila, ada antara mereka menuding jari menuduh UMNO yang mengajar orang menghina Islam.
Inilah taraf pemikiran sesetengah ahli politik yang begitu mahu melindungi sekutunya. Biar pun ahli politik itu tahu rakannya itu sudah melampaui batas tetapi beliau bukan sahaja bersedia membelanya malah membantu mengalih isu menyalahkan orang lain.
Kalau beginilah taraf pemikiran sesetengah ahli politik kita, apakah permohonan maaf boleh diterima begitu sahaja?
Sebab itulah, dalam soal ini ketegasan pihak berkuasa amat diperlukan kerana dari semasa ke semasa sudah ada tindakan atau perbuatan sesetengah kelompok yang dilihat agak berani.
Janganlah kerana apabila si pelaku memohon maaf, maka pihak berkuasa pula menjadi 'cair' sehingga selepas itu tidak ada tindakan lanjut dilakukan.
Memohon maaf memang perbuatan yang mulia tetapi tidak semua perbuatan boleh dimaafkan begitu sahaja, apatah lagi ia berkaitan dengan sensitiviti agama dan kaum.
Kita tidak boleh mengajar rakyat negara ini, yang mengetahui sesuatu perbuatan itu salah tetapi tetap mahu melakukan kerana yakin ia boleh diselesaikan melalui permohonan maaf.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Kalau nak minta maaf, go ahead. Nak maafkan terpulang pada pihak mangsa.
BalasPadamTapi Ngeh Koo Ham minta maaf tak ikhlas. Itu pun penyokong PAS tak nampak juga.
Terbaru dari Pilihanraya Semula 2 Kerusi di Kampus UM!
Pro-BN menang di UM!
Tahniah Pelajar UM!
Melayu Jadi Kuda
BalasPadamkita yang duk diluar ni nampak bahawa DAP nak perkudakan PKR dan Pas untuk mencapai cita2 mereka seperti berikut :
fasa 1 - menawan Penang
fasa 2 - menawan Perak
fasa 3 - menawan Putrajaya.
DAP tahu melayu ni payah sikit nak sokong mereka, so melalui kerjasama DAP-PKR-Pas maka bukan lah satu benda yang pelik jika melayu PKR dan melayu Pas akan mengundi calon DAP pada PRU 13 nanti bila DAP berdepan dengan calon BN dari MCA, MIC dan Gerakan.
Yang terlintas dalam kepala saya sekarang : Adakah orang2 DAP akan mengundi calon Pas bila calon Pas berdepan dengan calon2 bukan melyu daripada MCA, MIC atau Gerakan ?
Kalau anda tanya Nik Aziz atau Hadi Awang jawap mereka : Oooohhhh .. mereka mesti undi calon kita sebab orang2 kita dah bantu bagi undi dekat calon2 dia bila dia berdepan dengan MCA, MIC dan Gerakan.
Saya cuma nak ingatkan Nik Aziz dan Hadi Awang : Boleh percaya ke ????