Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, September 29, 2012
Saya tak main-main - Adnan Yaakob?
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau serius untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah ke Selangor seperti yang ditegaskan Ahad lalu, sekiranya kerajaan negeri itu tetap tidak mahu membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan.
Untuk tujuan itu, tegas beliau, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Mat Zaraai Alias telah diarahkan untuk meneliti perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua kerajaan negeri pada 2007.
Saya tak main-main, sebagai kerajaan bila kata nak kaji, kita akan kaji. Saya pun ada sebab tersendiri untuk bercakap macam itu (kaji perjanjian). Kalau betul kerajaan Selangor tak mahu, terma perjanjian ada sebut ia boleh dibatalkan jika ada persetujuan bersama.
Terma yang kita teliti juga sebut kalau ada pertikaian kita rujuk kepada Menteri berkenaan dan keputusan menteri tersebut muktamad," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Maahad Tahfiz Negeri Pahang di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor yang dinyatakan menerusi Exco kerajaan negeri itu, Dr. Xavier Jayakumar yang enggan berganjak dengan keputusan tidak membenarkan pembinaan Langat 2.
Sementara itu, Adnan menegaskan, sebarang keputusan yang akan diambil oleh kerajaan negeri Pahang tetap tidak akan mengatasi keputusan Kerajaan Pusat.
Kita negara Persekutuan. Jadi dari semangat Persekutuan, negeri-negeri akan berkongsi kesenangan dan kesukaran. Kalau ada sumber lebih, kita salur ke negeri yang memerlukan. Macam kita, ada sumber air kita bagi negeri yang perlukan.
Tapi kalau dengar cakap Xavier, Selangor tak payah air pun. Sedap dia bercakap. Xavier bercakap dengan Exco saya, biar saya cakap dengan Menteri Besar Selangor," jelasnya.
Kata Adnan, tujuan beliau membangkitkan mengenai mengkaji semula perjanjian tersebut adalah untuk menunjukkan keseriusan kerajaan negeri dalam hal itu.
Kedua-duanya kita telah tandatangani untuk jual air 10 sen satu meter padu sedangkan sebelum ditandatangani, kita minta 15 sen tapi Selangor minta lima sen.
Mengenangkan semangat Persekutuan dan masa itu pun kerajaan sama (Barisan Nasional), maka kita putuskan 10 sen. Tapi kalau kita batalkan perjanjian ini dan satu masa nanti bila ada perjanjian baru, maka kita boleh minta 50 sen atau RM1 meter padu, jadi untung kita," tegasnya.
Ditanya, sama ada arahannya untuk mengkaji perjanjian tersebut dibuat atas pertimbangan politik, Adnan berkata, perkara itu berbalik kepada kerajaan pakatan pembangkang Selangor yang semua perkara hendak dipolitikkan.
Ini susah. Masalah ini kritikal. Tapi bila kita bercakap soal kekurangan bekalan air mentah di Selangor tapi mereka bangkitkan perkara yang tidak ada mengena. Tapi kita kasihan juga, semua rakyat kita belaka. Orang Pahang, orang Kelantan ramai juga yang ada di Selangor.
Tapi bagi kerajaan Pahang, kita tidak ada impak. Impaknya adalah pada kerajaan Selangor kerana rakyat Selangor akan lihat mereka tak bertanggungjawab sebab Pahang sudah sedia salurkan air dengan harga murah," jelasnya.
Mengenai perjanjian tersebut yang ditandatangani sewaktu pemerintahan BN di Selangor seperti dibangkitkan oleh Xavier, kata Adnan, perkara itu tidak berbangkit kerana parti mana yang memerintah perjanjian itu tetap sah.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan